Sabtu, 5 Ogos 2017

Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]

Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

      Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
      Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding  dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
      Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak 7 kali setahun.
      Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
      Residen paling berkuasa dalam   MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.
      Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal kesihatan awam.
      Bagi melicinkan pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan. Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah, menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan bertulis.
      Tujuan British melantik penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
      Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
      Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
     
      Menurut Perjanjian Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat dikukuhkan.
      NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
      Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti melaksanakan arahan Residen Jeneral.
      Sultan masih berkuasa di negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha.
      Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
      MMN akan menjalankan tugas seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
      Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
      Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
      Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
      MMP mempunyai kuasa melebihi had dan MMN  hanya berfungsi dalam perkara yang berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa dilaksanakan secepat mungkin.
      Kesimpulannya,perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan