A. Pengenalan.
Ketua
negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan
Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan
baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia.
YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara.
Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa
dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja – Raja dalam kalangan sembilan
orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia. Jawatan YDPA dipegang secara bergilir – gilir dan
bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang selama lima
tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut.
YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa
Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara
berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
B. Isi-isi.
YDPA merupakan ketua negara. Antara peranan atau tugas yang dilaksanakan oleh YDPA ialah pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan
Malaysia. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung
kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera dibawah kuasa am YDPA
bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan
menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan tentera.
Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi
kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa
mengampunkan kesalahan – kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman dijatuhkan dalam mahkamah
syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Dari aspek agama, YDPA
ialah ketua agama Islam bagi negeri - negeri yang tidak beraja seperti
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA
merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan – kawasan
tersebut. YDPA juga menjadi ketua agama Islam bagi negeri baginda
sendiri.
Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum
diisytiharkan menjadi undang – undang yang sah. Semua perlaksanaan
undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan
baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang –
undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh
Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang – undang,
baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.
Selain itu, YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri. Baginda
juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas
nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah
Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja – Raja. YDPA juga
bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agong dan hakim – hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Seterusnya, YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas
nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan
tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk
membubarkan Parlimen jika belum cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh
memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu,
YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja – Raja tentang
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja – Raja Melayu.
Di samping itu, YDPA juga bertanggungjawab mentauliahkan duta – duta yang
dihantar ke luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing.
Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan
baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga
berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah berjaya atau berjasa kepada negara.
Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan Undang-undang Darurat di
bawah “Undang-undang X” jika didapati keselamatan negara terancam. YDPA
juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat secara
menyeluruh.
C. Kesimpulan
YDPA
sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di
dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda
bertindak atas nasihat Perdana Menteri. YDPA adalah simbol keunikan
sistem pemerintahan beraja berpelembagaan yang diamalkan di negara kita
sejak mencapai kemerdekaan sehingga hari ini.
SUMBER-SKEMA
PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan