Khamis, 11 Februari 2016

PERASMIAN MUZIUM TAMAN GETAH ASLI 11.2.1992

Pada  hari  ini 11.2 dalam tahun 1992,   Menteri  Kebudayaan,  Kesenian  dan  Pelancongan  Malaysia,  Y.B.  Dato’  Sabbaruddin  Chik  telah  merasmikan  Muzium  Taman  Getah  Asli   di  Institut  Penyelidikan  Getah  Malaysia,  Sungai  Buloh,  Selangor.  Turut  serta pada  majlis  perasmian  tersebut  ialah  Timbalan  Menteri  Besar  Selangor,  Y.B. Dato’  Haji  Abu  Sujak;  Pengerusi  Lembaga  Penyelidikan  dan  Kemajuan  Getah  Asli,  Datuk  Ahmad  Farouk  dan  Pengarah  Institut  Penyelidikan  Getah,  Dr.  Abd.  Aziz  Kadir.  Dalam  ucapan  perasmiannya,  Dato’  Sabbaruddin  menyarankan   kepada  agensi  pelancongan  tempatan  supaya  mengeksploitasikan  produk  pelancongan berasaskan  Getah  Asli  untuk  dijadikan  pakej  pelancongan  dan  mengadakan  program  melawat  Muzium  Taman  Getah  Asli.  Beliau  juga  mengalu-alukan  usaha  agensi  kerajaan  yang  lain  seperti  Institut  Penyelidikan  Hutan,  MARDI,  FELDA  dan  MAJUIKAN  agar  tampil  kehadapan  untuk  membuat  perancangan  mengadakan  produk-produk  pelancongan  dan  pakej  lawatan  yang  menarik  demi  untuk  mengembangkan  industri  pelancongan  negara.  Sesungguhnya,  Pembinaan  Muzium  Taman  Getah  Asli  ini  membantu  menepati  matlamat  dalam  rancangan  jangka  panjang  pembangunan  industri  pelancongan  negara.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan