Pada hari ini dalam tahun
1973, Lembaga Pertubuhan Peladang
telah ditubuhkan dan pengumumannya telah dibuat
oleh Perdana Menteri, YAB Tun
Abdul Razak bin Hussein. Ianya bertujuan
untuk mengambil alih
tanggungjawab semua Persatuan Peladang dan
Syarikat-syarikat kerjasama
asas tani di negara ini. Lembaga ini juga berkuasa
mendaftar, mengawal dan menyelia pertubuhan-pertubuhan peladang. Jelasnya,
Pertubuhan Peladang ditubuhkan bagi mengadakan satu oraganisasi yang
akan bertanggungjawab bagi menggalakkan usaha-usaha pertanian, memperbaiki
kedudukan ekonomi dan sosial penduduk luar bandar. Ini boleh dicapai
dari segi pengeluaran
hasil-hasil pertanian, pasaran
dan lain-lain. Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tengku Ahmad Rithaudeen telah
dilantik sebagai Pengerusi Lembaga dan Timbalan Pengerusinya ialah
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian Datuk Haji Mustafa Jabar.
Manakala Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Jabatan Perdana Menteri iaitu Encik Ahmad Sarji Abdul Hamid, sebagai
Ketua Pengarah. Dengan penubuhan Lembaga ini, ekonomi penduduk luar bandar
khususnya orang-orang Melayu dapat diperbaiki. Usaha-usaha seperti
ini harus diteruskan
sejajar dengan perkembangan
negara sejak mencapai
kemerdekaan.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan