Selasa, 16 Februari 2016

PENUBUHAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 16.2.1984

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1984,  Universiti  Utara   Malaysia  (UUM)  telah ditubuhkan  di bawah  Perintah  (Perbadanan)  Universiti  Utara  Malaysia.   Universiti  keenam ini  ditubuhkan bagi  memenuhi  permintaan  terhadap  pendidikan  tinggi  dan  menampung  kekurangan  tempat  di lima  Universiti  tempatan  yang  sedia  ada.  Pada bulan Ogos 1983,  kerajaan  telah  mengarahkan  Kementerian  Pendidikan supaya  menjalankan  kajian  kemungkinan  ke atas  projek  Universiti  Keenam  ini  dan menyediakan  satu  kertas  kerja.  Pada  19  Oktober  1983,  Kabinet   telah  meneliti  dan meluluskan  penubuhan  Universiti  ini.   Seramai  295  orang  penuntut  telah  memulakan  pengajian  bagi  Fasa  pertama   pada  7  Julai  1984.  Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah telah dilantik sebagai Canselor. Manakala  Profesor  Tan  Sri  Dato’  Awang  Had  Salleh  telah  dilantik  sebagai  Naib Canselor  yang  pertama.  Kampus tetap UUM di Sintok yang  berkeluasan seluas 1,061 hektar  telah memulakan  operasi  pada 15 September 1990.     Sesungguhnya,  selepas  50  tahun  kemerdekaan  negara  bidang  pendidikan  terus diberi  keutamaan oleh  kerajaan  bagi  memastikan  aspek  pembagunan insan tidak  ketinggalan.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan