Selepas pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan
semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi
tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi
menamatkan konflik yang timbul.
Pada
tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang
poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini,
Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian
damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah
terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan
dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka
berdamai pada tahun 1681.
Sultan
Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah
teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa
menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam.
Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.
Sewaktu
pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada
serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini
berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan
ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini,
sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk
Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .
Serangan
demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya
mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui
Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade,
sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai
Dalmatia.
Walau
bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah
memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj
anjian Belgrade pada tahun 1739.
Pada
tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan
Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia.
Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan
kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan
Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud
jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula
kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas
Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai
Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia
diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan
sebagai kawasan sempadan.
Pada
tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd
al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas
kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno
pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan
Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini
berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar
dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.
Kesimpulannya kegagalan
kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada
kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan
mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan
permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan
tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan