. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan
oleh Uthman bin Ertughrul pada tahun 1281 M Sepanjang kekuasaan kerajaan ini,
terdapat 37 orangpemerintah yang menggunakan gelaran sultan.Antara
sultan yang terkenal ialah
Sultan Muhammad al-Fatih dan Sulaiman al-Qanuni. Sepanjang kekuasaan kerajaan
ini,banyak aktiviti peluasan kuasa dijalankan.Sejarawan mencatatkan ketika
pemeriniahan Sultan Sulaiman al-Qanuni jajahan takluknya meliputi kawasan
seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan Uthmaniyah ini disokong dengan
pembentukan sistem pentadbiran pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang
sistematik.
Pentadbiran Peringkat Pusat ;sultan merupakan individu yang
mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang- agama politik dan kewangan. Kekuasaan
seseorang sultan juga dapat digambarkan melalui penggunaan gelaran seperti
'Khalifah Allah di Muka Bumi oleh Sultan Murad I setelah baginda berjaya
menawan Adrianople.
. Sultan dibantu oleh Wazir
Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung
atau Wazir Besar ini merupakan ketua kepada para menteri (wazir) dan amir.
Kanunname mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran.
Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut akan dianugerahkan cop mohor
sebagai simbol wakil sultan.
. Wazir Agung dibantu oleh tiga
orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua
orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan,
seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji
bagi monogram sultan.
. Pada zaman pemerintahan
Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan.
Pentadbiran mufti berpusat di
Istanbul. Tugas utamanya mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama. Mufti juga
bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan dengan peperangan sama ada dengan
musuh bukan Islam atau musuh kerajaan (dalam kalangan orang Islam). Mufti juga
diberikan hak untuk melantik para pegawai yang berkhidmat di istana.
Pentadbiran peringkat wilayah;Memandangkan sistem
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiranByzantine, setiap wilayah akan
ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan
yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
. Kadi merupakan ketua agama
bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan mengendalikan hukum jenayah
dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.
Multezim diberikan
tanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Kewujudan
jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan sekali gus
dapat dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta
menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan.
Golongan intelektual Muslim
bertanggungjawab dalam pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah,
hospital dan pendidikan golongan belia serta pentadbiran keadilan.
Bagi memastikan keselamatan dan
kekuatan kerajaan Uthmaniyah pada peringkat pusat, kekuatan tentera tidak
diabaikan. Oleh itu, bagi mendapat sokongan, tentera yang berkhidmat
secara peribadi kepada sultan
akan dianugerahkan tanah. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad
II.
Kesimpulannya,tidak
dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya pegawai yang
membantu sultan dalam mentadbir kerajaan telah berjaya mengukuhkan kekuatan
kerajaan Uthmaniyah.Kepimpinan berwibawa para pemerintah telah menyebabkan
kerajaan ini dapat muncul sebagai sebuah kuasa besar sebelum abad ke-19 M.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan