Pada hari ini dalam tahun 1971,
MAGERAN dibubarkan dan sistem kerjaan berparlimen dipulihkan semula. Pada 16
Mei 1969 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Tujuan utama penubuhan MAGERAN ini untuk menghadapi keadaan darurat dan
mengembalikan semula negara kepada keadaan sediakala. Timbalan Perdana Menteri,
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN,
manakala anggota terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, Pegawai-pegawai
Tadbir Kanan Kerajaan dan pihak perkhidmatan tentera dan polis.Pada dasar
fungsi utama MAGERAN ialah:
Untuk mengembalikan keamanan
dan undang-undang negara.
Untuk menentukan pentadbiran
yang licin dan sempurna.
Untuk mengembalikan suasana
keharmonian dan saling mempercayai di kalangan pelbagai kaum
Apabila keadaan ketenteraman
dapat dikawal dan pentadbiran negara kembali pulih maka MAGERAN telah
dibubarkan.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids/sejarah.php
Tiada ulasan:
Catat Ulasan