Isnin, 29 Februari 2016

MENTERI PERTAHANAN NEW ZEALAND MENYERAHKAN KAPAL TERBANG KEPADA TUN ABDUL RAZAK PADA 29.2.2016

Pada hari ini dalam tahun 1968, Menteri Pertahanan New Zealand, Tuan D.S. Thomson telah menyerahkan dua buah kapal terbang jenis Devon kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dalam satu upacara di lapangan terbang TUDM di Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang juga Menteri Pertahanan Malaysia menerima penyerahan kapal terbang yang dihadiahkan oleh kerajaan New Zealand itu. Sempena upacara penyerahan itu juga satu perbarisan kehormat terdiri dari 50 orang pegawai-pegawai TUDM telah diadakan. Ketika menyerahkan kapal terbang itu, Tuan Thomson menyatakan bahawa Tentera Udara New Zealand (RNZAF) dan TUDM mempunyai banyak persamaan dalam bidang tugas masing-masing dan sumbangan kapal terbang kepada TUDM itu adalah sebagai tanda persahabatan dan hubungan erat di antara kedua-dua angkatan udara. Manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam ucapan balasnya menyatakan rasa terima kasih di atas sumbangan itu dan berharap pihak New Zealand akan terus membantu Malaysia dalam usaha memperkembangkan tentera udaranya. Dengan wujudnya hubungan erat itu akan dapat memajukan lagi pertahanan kedua-dua negara khususnya Malaysia yang sedang berusaha memajukan angkatan udaranya.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

Ahad, 28 Februari 2016

Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.


Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.

Jumaat, 26 Februari 2016

PENUBUHAN PERSATUAN CINA MALAYA (MCA) 27.2.2016

Pada hari ini dalam tahun 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan. Penubuhannya adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan Cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Di perhimpunan tersebut, para perwakilan telah memilih 100 orang ahli jawatankuasa pusat dan wakil negeri-negeri. Jawatankuasa pusat dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock, Encik Yong Shook Lin dan Encik Leong Chung Lin sebagai Setiausaha Bersama. Bendahari disandang oleh Encik Khoo Teik Ee. Antara jawatankuasa kecil yang dibentuk ialah Jawatankuasa Kecil Perundangan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Jawatankuasa Kecil Publisiti. Selain itu, para perwakilan juga bersetuju memilih Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat MCA.Di antara matlamat penubuhan MCA ialah:
untuk merapatkan hubungan dikalangan masyarakat Cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu berasaskan semangat muhibah, persefahaman dan kerjasama.
menyatukan orang-orang Cina untuk menentang komunis serta memberi gambaran kepada masyarakat iaitu bukan semua orang Cina berfahaman komunis
untuk menguatkan persatuan dengan tujuan menjadikan MCA sebagai wakil orang-orang Cina dengan kerajaan Inggeris.
Tan Cheng Lock dalam ucapannya mengingatkan masyarakat Cina agar sentiasa memelihara hubungan baik dengan kaum lain dan hendaklah menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). MCA juga turut membantu pihak British memindahkan orang-orang Cina ke Kampung Baru. Penubuhan MCA pada ketika itu telah mendapat sokongan dan galakan yang baik daripada pihak British. Sehubungan itu, pada 12 Jun 1949 perlembagaan pertama MCA telah diluluskan. Walau bagaimanapun, di peringkat awal penubuhannya MCA lebih mirip kepada pertubuhan kebajikan. Namun pada tahun 1952, MCA telah menjadi sebuah pertubuhan politik dan telah dapat menyatukan orang-orang Cina serta memenuhi kekosongan politik di Tanah Melayu. 

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Selasa, 23 Februari 2016

SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG, MUAR, JOHOR

Pada hari ini dalam tahun 1950, satu lagi keganasan bersenjata telah berlaku apabila komunis menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di Muar, Johor. Dalam insiden serangan ini seramai dua puluh lima orang anggota polis dan orang awam telah terkorban dalam pertempuran akibat serangan pengganas-pengganas komunis ini. Mereka ialah tiga Pegawai Polis berpangkat rendah, enam orang polis biasa, tiga orang polis `Marine', dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak polis biasa, dan dua orang awam. Jumlah tersebut tidak termasuk kemalangan di pihak pengganas komunis, di mana tiga orang terbunuh dan 17 cedera.  Di samping itu 3 buah bangunan telah musnah iaitu Balai Penghulu, Balai Polis dan Berek Polis. Serangan telah dimulakan kira-kira jam 5.00 pagi 23 Februari 1950 oleh segerombolan pengganas komunis seramai 180 orang.  Mereka menggunakan senjata-senjata automatik telah mengepung Balai Polis Bukit Kepong yang ketika itu sedang dikawal oleh 3 orang anggota bertugas. Apabila tembak menembak bermula kesemua anggota termasuk anak isteri mereka turut membantu dan berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Balai Polis itu tidak berjaya ditawan oleh pengganas-pengganas komunis tetapi keseluruhan Balai telah dibakar dan mengorbankan nyawa anggota polis dan keluarga mereka. Mereka tetap mempertahankan Balai ini walaupun tahu musuh jauh lebih ramai jumlahnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dengan bantuan orang-orang kampung itu adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya.  Mereka boleh menyelamatkan diri dengan menyerah diri kepada komunis tetapi terus mempertahankan hak yang jauh lebih mulia dari nyawa mereka, iaitu demi mengekalkan kebebasan dan menyelamatkan negara ini.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Isnin, 22 Februari 2016

MAJLIS GERAKAN NEGARA DIBUBARKAN PADA 22.2.1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, MAGERAN dibubarkan dan sistem kerjaan berparlimen dipulihkan semula. Pada 16 Mei 1969 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Tujuan utama penubuhan MAGERAN ini untuk menghadapi keadaan darurat dan mengembalikan semula negara kepada keadaan sediakala. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN, manakala anggota terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, Pegawai-pegawai Tadbir Kanan Kerajaan dan pihak perkhidmatan tentera dan polis.Pada dasar fungsi utama MAGERAN ialah:
Untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
Untuk menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
Untuk mengembalikan suasana keharmonian dan saling mempercayai di kalangan pelbagai kaum

Apabila keadaan ketenteraman dapat dikawal dan pentadbiran negara kembali pulih maka MAGERAN telah dibubarkan.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids/sejarah.php

Genap 92 tahun Empayar Uthmaniyyah runtuh

MARZITA ABDULLAH DAN ISWAN SHAFIQ MAT ISA  |  22 Februari 2016 1:34 AM
Gambar fail, tentera berkuda dan infantri Empayar Islam Uthmaniyyah.
Gambar fail, tentera berkuda dan infantri Empayar Islam Uthmaniyyah. Agensi
Tanggal 3 Mac ini, genap 92 tahun runtuhnya empayar terakhir Islam yang pernah menguasai sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika Utara.
Sebahagian besar wilayah takluk Empayar Islam Uthmaniyyah yang bertapak di Turki itu terletak di Asia Barat termasuklah Palestin, Israel, Kuwait, Iraq, Lebanon, Jordan, Syria dan Iran.
Empayar Islam Uthmaniyyah juga pernah menjajah beberapa negara Eropah dan Afrika Utara termasuklah Greece, Hungary, Albania, Armenia, Bosnia-Herzegovina, Bulgaria, Serbia, Kosovo, Arzebaijan, Croatia, Tunisia, Libya, Mesir, Algeria serta beberapa negara lain.
Bertahan selama lebih 600 tahun, empayar itu bagaimanapun akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor termasuk isu dalaman sehingga menyebabkan anasir luar mudah menerobos dan menghancurkan kegemilangan kerajaan Islam tersebut secara perlahan-lahan.
Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan khalifah selepas kerajaan Umayyah (661 hingga 750 Masihi) dan kerajaan Abasiyyah (752-1258).
Diasaskan oleh Uthman Ertugrul atau dikenali sebagai Osman Ghazi dan Uthman I sekitar tahun 1299, empayar itu melalui beberapa era iaitu penubuhan, perluasan, kekuasaan dan kejatuhan iaitu antara 1683 hingga 1908 sehinggalah zaman pemerintahan khalifah terakhir Abdul Majid II yang berakhir pada 1924.
Selain kejayaan menawan beberapa wilayah menerusi Perang Kosovo dan Perang Salib, kemuncak kejayaan Uthmaniyyah ialah kejayaan menawan Constantinople atau Istanbul di bawah pimpinan Sultan Muhammad ke-II atau Sultan Al-Fateh.
Bagaimanapun, ‘langit tidak selalu cerah’ dan itulah yang berlaku selepas Perang Vienna 1683 yang menyaksikan kekuatan Empayar Uthmaniyyah semakin mengecil dan satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa barat termasuk Britain, Perancis dan Rusia.
Pada masa yang sama, banyak wilayah lain turut bangkit atas semangat nasionalisme menuntut pembebasan daripada kekuasaan Uthmaniyyah termasuk beberapa negara Arab yang ketika itu dimomokkan dengan sentimen menentang ketuanan khalifah yang berbangsa Turki.
Faktor-faktor dalaman seperti perebutan kuasa, pergolakan politik, rasuah, hutang dan kemewahan melampau turut menyumbang kepada kejatuhan empayar itu sehingga muncul satu persatu kuasa yang cuba menjatuhkan mereka.
Faktor lain termasuklah keterlibatan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Rusia-Turki sehingga menyebabkan pemimpin empayar Islam itu ketika itu digelar ‘The Sick People of Europe’.
Kemudian, muncul pula gerakan baharu yang menyebarkan idea-idea pemodenan dalam masyarakat Turki yang diterajui oleh beberapa tokoh terkenal termasuk seorang pegawai tentera Uthmaniyyah yang juga pengasas Republik Turki moden sekarang iaitu Mustafa Kamal Atarturk.
Mustafa Kamal yang mengepalai sebuah gerakan dikenali The Young Turks dikatakan cuba mengurangkan kuasa Sultan dengan menubuhkan Parlimen dalam usaha menjadikan Turki sebuah negara sekular serta membuat beberapa perubahan radikal terhadap polisi negara itu mengikut acuan Barat.
Justeru, tidak hairanlah sekiranya Turki masih lagi menganggap mereka sebagai negara yang berkuasa walaupun hakikatnya tidak - apabila hasrat mereka untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) masih belum diterima sehingga kini.
Dalam situasi hari ini pula, boleh dikatakan sebahagian besar daripada negara yang pernah berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah di Asia Barat kini masih bergolak.
Konflik antara Israel dan Palestin telah lama berlarutan hingga menyebabkan beratus ribu nyawa melayang, manakala negara-negara lain seperti Iraq, Libya dan Mesir pula berdepan penentangan rakyatnya sendiri hingga mendorong campur tangan kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang mengintai peluang ‘untuk menangguk di air keruh’.
Negara seperti Greece pula berdepan kemelesetan ekonomi yang teruk ekoran krisis hutang yang sangat tinggi, manakala beberapa siri keganasan masih mewarnai Turki dan perang saudara meletus di Syria sehingga menyebabkan ratusan ribu orang awam terkorban.
Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah membuka laluan kepada kemunculan kuasa baru di rantau Asia Barat seperti Iraq di bawah Saddam Hussein dan Libya di bawah Muammar Gaddafi serta Mesir di bawah Hosni Mubarak dan Syria, namun, kekuasaan semua negara Arab itu berakhir selepas AS menyerang Iraq membawa kepada kejatuhan Saddam Hussein dan kematian Muammar Gaddafi selepas campur tangan barat di Libya dan perang saudara di Syria.
Kini wujud vacuum di Asia Barat dan Turki mula menunjukkan pengaruhnya untuk bangkit semula sebagai satu kuasa di Asia Barat dan begitu juga dengan Arab Saudi dan Iran.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/genap-92-tahun-empayar-uthmaniyyah-runtuh-1.193073#sthash.fzNz5aAh.dpuf

Rabu, 17 Februari 2016

PENUBUHAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 16.2.1984


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1984,  Universiti  Utara   Malaysia  (UUM)  telah ditubuhkan  di bawah  Perintah  (Perbadanan)  Universiti  Utara  Malaysia.   Universiti  keenam ini  ditubuhkan bagi  memenuhi  permintaan  terhadap  pendidikan  tinggi  dan  menampung  kekurangan  tempat  di lima  Universiti  tempatan  yang  sedia  ada.  Pada bulan Ogos 1983,  kerajaan  telah  mengarahkan  Kementerian  Pendidikan supaya  menjalankan  kajian  kemungkinan  ke atas  projek  Universiti  Keenam  ini  dan menyediakan  satu  kertas  kerja.  Pada  19  Oktober  1983,  Kabinet   telah  meneliti  dan meluluskan  penubuhan  Universiti  ini.   Seramai  295  orang  penuntut  telah  memulakan  pengajian  bagi  Fasa  pertama   pada  7  Julai  1984.  Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah telah dilantik sebagai Canselor. Manakala  Profesor  Tan  Sri  Dato’  Awang  Had  Salleh  telah  dilantik  sebagai  Naib Canselor  yang  pertama.  Kampus tetap UUM di Sintok yang  berkeluasan seluas 1,061 hektar  telah memulakan  operasi  pada 15 September 1990.     Sesungguhnya,  selepas  50  tahun  kemerdekaan  negara  bidang  pendidikan  terus diberi  keutamaan oleh  kerajaan  bagi  memastikan  aspek  pembagunan insan tidak  ketinggalan.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

1.8.3 Perjanjian

Unit 1.8 Perhubungan luar
1.8.3  Perjanjian
Hasil Pembelajaan-membincangkan benuk perhubungan luar zaman Khalifah Abbasiah abad ke-9M-13M dan Khalifah Uhmaniyah abad ke-17M-19M.
Perjanjian
Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomaik dengan negara luar.Namun hubungan inilebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke aas negara wilayahnya.[1]
1.Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah.
A.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan  Byzantine (Rom Timur) iaitu musuh tradisi kerajaan Islam. Byzantine membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyah.
b.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusia.
c.Perjanjian  Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan Karolonji di Laut Adriaik di Selatan Perancis.
   Perlantikan dua kedua-dua pihak dan perukaran hadiah.
   Berlaku interaksi ilmu Islam ke dunia Barat ang berada  pada zaman kegelapan.

Perjanjian-perjanjian zaman khalifah Uhmaniyah
a.Perjanjian Carlowiz (1699m) isi perjanjian dan kesannya
b.Perjanjian Passarowit 1718M- isi perjanjian dan kesannya
c.Perjanjian Radsin- isi perjanjian dan kesannya
d.Perjanjian Kainnarji/Perjanjian Kucuk Kanarcea/Perjanjian Cahaina 1774M- isi perjanjian dan kesannya
e.Perjanjian Sisova 1791M - isi perjanjian dan kesannya
f.Perjanjian Jass 1792M- isi perjanjian dan kesannya
g.Perjanjian Dardanela 1809M - isi perjanjian dan kesannya
h.Perjanjian San Sefano 1878- isi perjanjian dan kesannya
i.Perjanjian Berlin 1887M- isi perjanjian dan kesannya.[2]




[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 170.
[2] “Perjanjian”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.

Selasa, 16 Februari 2016

Peperangan

1.7.1     Oleh-ahmad bin yaakob
Peperangan
Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai gleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.

Pada, zaman Rasulullah s.a.w peperangan dalam lslam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai olen Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.[1]
sebab dan tujuan peperangan mengikut Islam.  
  1. Mempertahankan diri dan hak
  2. Mempertahankan kemuliaan agama
  3. Mempertahankan kedaulaan negara
  4. Menegakkan keamanan dan keadilan
  5. Menghapuskan golongan riddah
  6. Penyebaran dakwah.[2]

Etika Peperangan dalam lslam
Etika Peperangan dalam lslam ialah mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[3]
1.Secara amnya, etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah  Hirah. Beliau telah memberi  tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.





[1]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),78.
[2] “Peperangan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.

PENUBUHAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 16.2.1984

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1984,  Universiti  Utara   Malaysia  (UUM)  telah ditubuhkan  di bawah  Perintah  (Perbadanan)  Universiti  Utara  Malaysia.   Universiti  keenam ini  ditubuhkan bagi  memenuhi  permintaan  terhadap  pendidikan  tinggi  dan  menampung  kekurangan  tempat  di lima  Universiti  tempatan  yang  sedia  ada.  Pada bulan Ogos 1983,  kerajaan  telah  mengarahkan  Kementerian  Pendidikan supaya  menjalankan  kajian  kemungkinan  ke atas  projek  Universiti  Keenam  ini  dan menyediakan  satu  kertas  kerja.  Pada  19  Oktober  1983,  Kabinet   telah  meneliti  dan meluluskan  penubuhan  Universiti  ini.   Seramai  295  orang  penuntut  telah  memulakan  pengajian  bagi  Fasa  pertama   pada  7  Julai  1984.  Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah telah dilantik sebagai Canselor. Manakala  Profesor  Tan  Sri  Dato’  Awang  Had  Salleh  telah  dilantik  sebagai  Naib Canselor  yang  pertama.  Kampus tetap UUM di Sintok yang  berkeluasan seluas 1,061 hektar  telah memulakan  operasi  pada 15 September 1990.     Sesungguhnya,  selepas  50  tahun  kemerdekaan  negara  bidang  pendidikan  terus diberi  keutamaan oleh  kerajaan  bagi  memastikan  aspek  pembagunan insan tidak  ketinggalan.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Ahad, 14 Februari 2016

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG DITUBUHKAN PADA 14.2.2016

 Pada hari ini dalam  tahun  1973,  Lembaga Pertubuhan Peladang telah ditubuhkan dan pengumumannya telah dibuat  oleh  Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein.  Ianya  bertujuan   untuk mengambil  alih tanggungjawab semua Persatuan  Peladang  dan  Syarikat-syarikat kerjasama  asas  tani  di negara ini. Lembaga ini juga berkuasa mendaftar, mengawal dan menyelia pertubuhan-pertubuhan peladang.  Jelasnya,  Pertubuhan Peladang ditubuhkan bagi mengadakan satu oraganisasi yang akan bertanggungjawab bagi menggalakkan usaha-usaha pertanian, memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial penduduk luar bandar. Ini boleh  dicapai  dari  segi  pengeluaran  hasil-hasil  pertanian,  pasaran  dan  lain-lain.  Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tengku Ahmad Rithaudeen telah dilantik sebagai  Pengerusi Lembaga dan  Timbalan Pengerusinya  ialah  Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian Datuk Haji Mustafa Jabar. Manakala Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Jabatan Perdana Menteri  iaitu Encik Ahmad Sarji Abdul Hamid, sebagai Ketua Pengarah. Dengan  penubuhan  Lembaga ini, ekonomi penduduk luar bandar khususnya orang-orang Melayu  dapat  diperbaiki. Usaha-usaha  seperti  ini  harus   diteruskan  sejajar  dengan  perkembangan  negara  sejak  mencapai  kemerdekaan.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

Sabtu, 13 Februari 2016

JADUAL ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA KERTAS 3 2013-2015.

Oleh AHMAD BIN YAAKOB

BIL
TEMA/TAJUK
13
13 U
14
14
U
15
1
1.      1  Institusi Pemerintahan
2.      Peranan Raja Melayu
/

3.      Pembesar

4.      2  Hukum Adat dan Undang-Undang
5.         Peranan Undang-undang Adat



   /



U    Undang-undang Tubuh Johor
  /
 3  Sistem sosial/susun lapis masyarakat Melayu
  /

1.        4  Sistem ekonomi sara diri/ komersial
/

2
Transfomasi Masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing



       Johor
  /

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Perak,Terengganu
/

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran ekonomi dan pendidikan





NMB
/

2.4 Masyarakat pelbagai kaum

3
Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa
3.1 Gerakan nasionalisme
3.1.1 Faktor Kemunculan



3.1.2 Gerakan persatuan,kelab agama, ekonomi, sosial,politik

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
      Kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
/

Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak 1946
 /
4
Pengisian kemerdekaan
4.1 Sistem pemerintahan


4.2 Pembinaan Negara dan Bangsa
4.2.1 Pembangunan Sosial
i.Bahasa Kebangsaan.
ii.Dasar Pendidikan Kebangsaan



/

4.2.2 Pembangunan ekonomi

i.Dasar Pembangunan Luar Bandar-

 Rancangan pembangunan ekonomi 1957-1963.
/

ii.Dasar Ekonomi Baru DEB -19

    Sumbangan tokoh-T.Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Hussein Onn,Tun Dr Mahathir Mohammad

   Dasar Perindustrian Negara 1980-an-2000
  /
iii.Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
/

iv.Rukun Negara.

4.3 Wawasan 2020

4.4 Perhubungan luar
      Peranan Malaysia dalam OIC

/