OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional
dan ekonomi komersial di Indonesia pada abad ke-19.
1.a.Ciri-ciri
ekonomi tradisional di Indonesia
1.Pertanian secara sara diri untuk keperluan keluarga.
2.Penggunaan teknologi pertanian secara tradisional.
3.Tanah dikuasai oleh tuan tanah.
4.Kawasan penanaman yang terhad dan menggunakan buruh keluarga.
5.Penggunaan modal yang kecil dan terhad.
6.Aktiviti ekonomi tradisional seperti pertanian
tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan,
kraftangandan sistem barter.
b.Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia.
1.Kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran.
Biasanya diuruskan oleh penjajah.
2.Sistem pelaburan menggunakan modal yang banyak.
3.Menanam tanaman ekspot.
4.Pengenalan sistem ekonomi wang.
5.Penggunaan buruh yang ramai.
6.Pengenalan ekonomi pasaran bebas.
7.Peguasaan
ekonomi oleh Pengusaha Eropah dan China.[1]
[1] “Sistem ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,
, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 117.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan