Isnin, 31 Ogos 2015

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya.
Parti Komunis Malaya (PKM) dan Darurat.
Komunisme adalah ideologi yang dikemukan oleh Karl Marx pada penghujung abad ke-19.Pada tahun 1919, Communist International (Comintern) ditubuhkan di Moscow. Pembentukan Parti Kuomintang menyebabkan ideologi komunisme berkembang pesat di Tanah Melayu dan Singapura.Pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Singapura. Pada bulan Mac 1948 , Moscow mengarahkan supaya PKM melancarkan pemberontakan bersenjata.[1]

Perkembangan PKM 1930-1948
1.PKM mengamalkan dasar yang tgas di Tanah Melayu untuk mengguling British.
2.Pada tahun 1930 British mengharamkan PKM, PKM bergerak secara sulit.
3.Taktik
Menyusup ke dalam kesatuan sekerja, sekolah swasta dan pertubuhan belia Cina.
Menganjurkan pemogokan.
4.Pengaruh PKM meningkat pada tahun 1937 apabila Jepun menyerang China, kedudukan PKM semakin mantap.
5.British bekerjasama dengan PKM untuk menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
6.PKM menjadi pelindung orang Cina daripada kekejaman Jepun.
7.Unit-unit rahsia ditubuhkan.
8.Gerakan Rakyat atau “Min Yuen”, PKM menggunakan penduduk Cina di di tepi hutan untuk menghantar bekalan makanan,ubat-ubatan dan maklumat kepada mereka.
9.Kekosongan pentadbiran dari 15 Ogos 1945-12 September 1945 digunakan PKM untuk membalas dendam.
10.PKM melancarkan pemberontakan bersenjata bermula 12 Jun 1948.

Darurat 1948
Darurat ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada keadaan huru-hara di Tanah Melayu akibta kebangkitan komunis antara tahun 1948-1960. Kekacauan itu dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara komunis secara kekerasan di Tanah Melayu.[2]
1.Pada 7 Julai 1948 Undang-Undang Darurat dilaksanakan.
2.Kerosakan semakin bertambah akibat keganasan PKM.
3.Pengganas komunis meningkat dari 5000 orang kepada 8000 pada tahun 1950.
4.Masyarakat Cina menyokong PKM dengan memberi bantuan kepada mereka melalui “Min Yuen”.
5.Pada 7 Oktober 1951 Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney ditembak mati oleh PKM.

Langkah-langkah kerajaan British membenteras Komunis.
i.Langkah-lanhkah ketenteraan
1.Menguatkuasa undang-undang Darurat.
2.Memperkukuhkan bidang ketenteraan.
3.Bantuan ketenteraan negara Komanwel.
4.Pasukan polis khas, Pasukan Polis Persekutuan, Home Guard serta Mata-Mata Khas ditubuhkan dan dipertingkatkan jumlah anggota.
5.Perintah berkurung dikuatkuasa di kawasan yang disyaki terancam oleh pengganas komunis.
6.Konsep kawasan putih dan kawasan hitam diiytiharkan.

ii.Langkah-langkah bukan ketenteraan
1.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung.
2.Penggunaan kad pengenalan.
3.Rancangan Briggs.
4.Perpindahan setinggan Cina ke Kampung Baru.
5.Catuan makanan.
6.Kerjasama antara kaum.
7.Jawatankuasa Kerja Perang.
8.Perang psikologi.[3]




[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,75.   
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,184.
[3]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,77. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan