1.Bincangkan sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan
oleh Jepun pada abad ke-16.[20M]
Ekonomi feudalisme merujuk kepada sistem ekonomi yang
mempunyai peraturan dan ketetapan yang harus diikuti oleh golongan buruh dan
ketua-ketua feudal mempunyai kuasa yang besar disokong oleh golongan pembesar
yang mendapat keuntungan daripada ketua-ketua feudal tersebut.
Ekonomi feudalisme di Jepun masih mengamalkan sistem
ekonomi yang menyerupai 'idea perhambaan' kerana masyarakat Jepun hanya menurut
segala arahan golongan pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada
masyarakat tani. Masyarakat Jepun melaksanakan tanggungjawab sebagai petani
atas tanggungjawab kepada pemerintah.
Ekonomi feudalisme yang diamalkan ialah pertanian,
perusahaan tempatan, perikanan, perlombongan, dan perdagangan.
Sistem ekonomi feudalisrne yang diamalkan oleh Jepun
Jepun mempunyai
iklim sederhana. Oleh itu, padi hanya ditanam sekali setahun bermula pada musim
bunga dan dituai pada musim luruh.Penanaman sawah bertingkat dilaksanakan bagi
mengatasi kekurangan tanah.Usaha bersungguh-sungguh diperlukan bagi
mengusahakan tanaman padi kerana musim tanaman yang singkat.
Kaedah
penanaman padi menggunakan sistem pengairan semula jadi, iaitu air dibawa terus
dari sungai atau anak sungai. Kaedah ini mengurangkan penggunaan baja.
Tanah yang digunakan setiap tahun dapat menghalang
rumput-rumpai tumbuh dan dapat mengekalkan kesuburan tanah.Masyarakat petani
juga menanam gandum, barli, teh, dan kapas.
Perusahaan
tempatan di Jepun berasaskan daerah dan pemasaran dilakukan antara daerah.
Misalnya, pengeluaran kain kapas di Kinai, pengeluaran
ulat sutera di Fukushima, Yamanashi, dan Gumma.
Mengusahakan pusat pembuatan kertas, barangan logam, dan
tenunan.
Barangan dipasarkan di pasar dan pasar-pasar kecil
berkembang menjadi bandar perdagangan. Ia membawa perkembangan bandar seperti
Kuwana, Sakai, Ise, dan Hakata.
Laut Jepun
kaya dengan ikan. Ia membolehkan kegiatan perikanan menjadi sumber kedua dalam
ekonomi masyarakat feudal di Jepun.Kegiatan peikanan dijalankan di persisir
pantai.
Industri
perlombongan berkembang pesat.Pengeluaran emas, perak, dan tembaga bertambah.Perkembangan
perindustrian membawa kepada perkembangan bandar seperti Osaka.Osaka menjadi
bandar bebas di luar domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oleh pedagang
tempatan dan istana kuil agung mazhab Tanah Suci Benar.
Perdagangan
dengan China berlaku sejak Putera Shotoku menghantar utusan ke China.Perdagangan
luar berkembang pesat pada abad ke- 16 dan menjadi sumber ekonomi masyarakat
Jepun.Orang Jepun mengimport barangan tropika dari negara kebenuaan China dan
India serta barangan pembuatan dari China seperti sutera, porselin, buku,
manuskrip, lukisan, dan barang tembaga.
Barangan
tembaga merupakan barangan utama yangdiimport dari China oleh Jepun.Menjelang
abad ke-15 dan ke-16, Jepun mengeksport barangan siap ke China dan
negara-negara lain. Contohnya, pedang, kipas lukisan berlipat, dan pemidang.
Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan tinggi di China.
Tambahan pula, pedang buatan fepun mendapat permintaan
tinggi dan dieksport dalam jumlah yang besar..
Hubungan
perdagangan juga diadakan dengan pedagang Portugal pada abad ke-16. Pada tahun
1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan
Shogun Ashikaga yang membolehkan Portugis berdagang di pelabuhan Nagasaki.Pembukaan
perdagangan di Nagasaki telah menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia
luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
Sewaktu
pemerintah Hideyoshi berkuasa, beliau mengutamakan pembinaan senjata seperti
senapang dan meriam disebabkan ingin menyaingi persaingan politiknya dalam
kalangan daimyo.Pada tahun 1558, penggunaan senjata buat pertama kalinya
digunakan di Jepun dan pada tahun 1570-an wujud pasukan penembak di Jepun.
Kesimpulannya,ekonomi feudalisme di Jepun berkembang
pesat dan membolehkan pemerintah menguasai kekayaan negara Jepun.Menjelang abad
ke-17, ekonomi Jepun terus berkembang pesat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan