Isnin, 31 Ogos 2015

Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.

Oleh- Ahmad bin Yaakob.
Unit 3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2.ii. Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960

Hasil Pembelajaran-Menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.

1.Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
Latar belakang Penyerahan Sarawak kepada British.
      Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British pada tahun 1888.Raja Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawak pada tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah. Beliau menyerahkan Sarawak kepada British. Sarawak secara rasmi diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Dengan ini Sarawak menjadi tanah jajahan British.[1]

Sebab penyerahan Sarawak
1.Kerajaan tidak mampu bangunkan semula ekonomi Sarawak.
2.Desakan daripada kerajaan British.
3.Charles Vyner Brooke sudah uzur.
4.Tiada pengganti yang berkebolehan.

Gerakan anti-penyerahan.
1.Wujud penentangan kerana penyerahan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.
2.Ia akan melambatkan proses kemerdekaan Sarawak.
3.Charles Vyner Brooke tidak erunding terlebih dahulu dengan orang Sarawak.
4.Pemimpin gerakan ini diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdullah.
5.Surat bantahan dan telegram telah diutuskan kepada kerajaan British tetapi gagal.
6.1 Julai 1947 tunjuk perasaan untuk memulaukan upacara perlantikan Gabenor British Sarawak yang pertama diadakan.
7.Pada 20 Ogos 1948, Rukun 13 di bawah Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) ditubuhkan bagi menentang keras gerakan penyerahan.
8.Disember 1949, Rosli Dhobi seorang anggota Rukun 13 telah membunuh Gabenor British kedua, Sir Duncan Stewart..
9.Pada 30 Ogos 1950,rundingan antara Setiausaha Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dengan Anthony Brooke serta jaminan Anthony Brooke untuk membantu rakyat Sarawak berkerajaan sendiri telah menamatkan gerakan anti penyerahan pada tahun 1951.

Faktor kegagalan
1.Tidak mendapat sokong menyeluruh.
2.Tidak mempunyai pemimpin berwibawa selepas kematian Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
3.Langkah berkesan kerajaan British.
4.Tiada pertubuhan kuat.
5.Pemimpin yang berkaliber, Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha menyokong penyerahan.[2]  




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),171.
[2]“Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,70.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan