Khamis, 6 Ogos 2015

KONGRES MELAYU SE TANAH MELAYU

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada  hari  ini 6 Ogos dalam  tahun  1939,  Kongres Melayu  Se  Tanah  Melayu  telah  diadakan  di  Kuala  Lumpur.  Persidangan  yang  julung-julung  kalinya  diadakan ini  telah  berjaya  menghimpunkan  Persatuan-Persatuan  Melayu  dari  seluruh  Tanah  Melayu.  Penubuhan  Maktab  Sultan  Idris  Tanjung  Malim  pada  tahun  1922  telah  berjaya  melahirkan  ramai  pemimpin-pemimpin  dikalangan  orang-orang  Melayu,  dan  telah  menjadi  pemangkin  kepada  munculnya  Persatuan –Persatuan  Melayu  yang  bersifat  politik  dan  kebangsaan  pada  tahun  30an.   Antara  persatuan-persatuan  Melayu  yang telah  ditubuhkan  ialah  Persatuan  Sahabat  Pena  Melayu  (PASPAM)  pada  tahun  1934  diikuti  dengan  Kesatuan  Melayu  Muda  (KMM)  pada  tahun  1937.  Kongres ini  dilangsungkan  atas  daya  usaha  Tengku  Ismail  bin  Tengku  Mohd.  Yasin,  Yang  Dipertua  Persatuan  Melayu  Selangor  dengan tujuan  untuk  mempersekutukan  Persatuan-persatuan  Melayu  yang  wujud  pada  ketika  itu.  Kongres  Melayu  Pertama  ini,   telah  dihadiri  oleh enam  buah  Persatuan  di antaranya  Persatuan  Melayu   Singapura,  Pahang,  Negeri  Sembilan,  dan   Seberang  Perai.  Sesungguhnya,  Kongres  yang  pertama  kali  diadakan  ini  telah  menjadi  pencetus  kepada  kebangkitan  kesedaran  kebangsaan  orang-orang  Melayu  untuk  memerdekakan  tanahair  daripada  cengkaman  penjajahan.

SUMBER-http://www.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan