Selasa, 9 Januari 2018

1.2 Masyarakat Islam

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelaran:Menjelaskan konsep ummah dan perkembangan masyarakat Islam.
       Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.[1]

A.Konsep ummah.
Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah.
Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad SAW,masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi di Madinah ketika itu.Ringkasnya ummah zaman Nabi ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam samada mereka seagama atau tidak. Namun berikutan dengan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam yang tinggal di Kota Madinah.[2]

Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah;
a)Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi Ansar.
b)Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin-ukhuwah Islamiah.
c)Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummah.
d)Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islam.
e)Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi..
f)Penyingkiran golongan yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadir dan Bani Quraizah.
g)Memperkasakan ekonomi Islam –perniagaan, pertanian dan sebagainya.
h)Pembentukan pasukan tentera.
i)Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik.[3]



[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),26.
[2] Ibid.
[3] Masyarakat Islam”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan