Sabtu, 14 November 2015

SOALAN 6 BINCANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM DALAM NORTH ATLANTIC TREATY ORGANISATION (NATO)

 PENGENALAN

            Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO; pron: / neɪtoʊ / nay-toh; Perancis:. Pertubuhan du traité de l'Atlantique Nord (OTAN)), juga dikenali sebagai (North) Atlantic Alliance, satu pakatan ketenteraan antara kerajaan berdasarkan Perjanjian Atlantik Utara yang telah ditandatangani pada 4 April 1949. Organisasi membentuk satu sistem pertahanan kolektif di mana negara anggota bersetuju untuk pertahanan bersama dalam tindak balas kepada serangan oleh mana-mana pihak luar. Ibu pejabat NATO adalah dalam Brussels, Belgium, salah satu daripada 28 negara anggota di seluruh Amerika Utara dan Eropah, yang terbaru di mana, Albania dan Croatia, menyertai pada April 2009. Sebanyak 22 negara mengambil bahagian dalam "Perkongsian untuk Keamanan" NATO, dengan 15 buah negara lain yang terlibat dalam program-program dialog diinstitusikan. Perbelanjaan tentera gabungan semua anggota NATO yang membentuk lebih 70% daripada perbelanjaan pertahanan di dunia. Untuk beberapa tahun pertama, NATO tidak lebih daripada sebuah persatuan politik. Walau bagaimanapun, Perang Korea merangsang negara-negara anggota, dan struktur tentera bersepadu telah dibina di bawah arahan daripada dua komander tertinggi AS. Kursus Perang Dingin membawa kepada persaingan dengan negara-negara Pakatan Warsaw, yang ditubuhkan pada tahun 1955. Yang pertama Setiausaha Agung NATO, Tuan Ismay, yang dinyatakan pada tahun 1949 bahawa matlamat organisasi adalah "untuk memastikan tentera Rusia, Amerika dalam, dan Jerman ke bawah." 
           
PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM
         NATO yang beribu pejabat di Paris telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.  NATO ditubuhkan untuk menghalang kebangkitan semula  kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang perluasan ideology komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah dan seterusnya mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap ketidak kemampuan PBB sama ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khusunya dalam konteks dunia secara berkesan.
           
Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah untuk mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. NATO yang bertujuan untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union termasuk negara-negara Eropah Timur yang prokomunis juga telah menambah kekuatan ketenteraan, oleh itu NATO telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama. 
           
Britain  adalah negara yang memainkan peranan penting dalam proses penubuhan NATO. Jika dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun  1946 hingga 1951dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign Office, pihak British sememangnya menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO. Britain yang diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat.Berdasarkan pengalaman Britain sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
           
Andrew Priest dalam bukunya Kennady Johnson And NATO menyatakan Ernest Bevin, Setiausha Luar Britain dipertanggungjawabkan untuk Educating The Americans bagi menghadapi ancaman Soviet khususnya selepas tahun 1945. Ritchie Ovendale pula menegaskan bahawa Presien Harry S.Truman masih belum bersedia menghadapi ancaan Soviet di Eropah dan bagi pihak United Kingdom pula perlu membuat perancangan jangka panjang penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah. 
           
Selepas Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih baik dan ianya boleh dilihat melalui tiga bentuk hubungan iaitu perundingan diplomatic : merunding dan membincang pelbagai peringkat diplomasi, kerjasama ketenteraan: kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut, perisikan : kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak khususnya menerusi Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence (CIA) di pihak Amerika dan M16 Secret Intelegence Service (SIS) dan M15 Security Service di pihak Britain.
           
Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946 diperkenalkan yang melarang Amerika mengadakan kerjasama nuclear dengan negara-negara lain kerana bimbang berlaku percambahan aktiviti pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain. Ianya mengecewakan Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan ingin meminta bantuan Amerika. Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuclear setelah mengadakan beberapa siri rundingan nasihat dari Amerika. Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear di belakang Amerika Syarikat(128) dan Rusia(16).

NATO dianggap oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah NATO ianya menunjukkan pengaruh Amerika sangat besar dan kuat di dalam NATO berbanding negara-negara lain.  Komitmen berterusan Amerika di dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai institusi  yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia dunia.
           
KESIMPULAN

Menurut seorang ahli psikologi Jerome Brunner pada tahun 1944 mengatakan orang Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai oleh mereka. Jika tidak mahu NATO merosot mereka mesti memberi kuasa yang lebih kepada Amerika. Jelas Amerika menguasai dan mendominasi NATO seterusnya mengenepikan United Kingdom. Komitmen Amerika Syarikat dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan seterusnya berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
SKEMA PP P1 PAHANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan