Pengenalan
PD2 tercetus apabila Jerman melancarkan
serangan terhadap Poland pada tahun 1939 Dlm peperangan tersebut , Britain,
Rusia dan Perancis dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yg dikenali sebagai
Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun mewujudkan pakatan yg dikenali sebagai
kuasa paksi.
Perpecahan Jerman
Jerman dibahagikan kpd 4 buah zon yg
dikuasai oleh Britain, AS dan Soviet Union. Kuasa-kuasa besar ini mencapai kata
sepakat utk mengamalkan sisitem ekonomi yg seragam di zon-zon tesebut. Britain,
Perancis dan AS menggabungkan zon-zon mereka sebagai Jerman Barat. Zon ini
memperoleh bantuan drp AS melalui Rancangan Marshall. Soviet Union pula
membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Perkembangan ini menyebabkan
wujud perpecahan yg ketara antara Jerman Barat dgn Jerman Timur
Kehilangan Wilayah.
PD2 menyebabkan Jerman kehilangan ¼ drp
wilayahnya kepada pihak yg menang. Soviet Union meluaskan sempadannya hingga
meliputi wilayah di Jerman dan menguasai rantau Baltik manakala Perancis menguasai
Wilayah Saar.
Ganti rugi Perang
Selepas tamat perang, negara2 yang
menang menuntut ganti rugi drp negara yg kalah. Britain dan Perancis
mendapatkan bekalan arang batu secara percuma serta bekalan tenaga buruh paksa.
AS pula mengambil alih semua aset milik syarikat Jerman yg beroperasi di
negaranya serta hak cipta jentera dan mesin-mesin yg dihasilkan oleh saintis
Jerman. Dianggarkan nilai paten yang diambil Britain dan AS daripada Jerman
bernilai 10 billion.
Hukuman Jenayah Perang
Selepas tamat perang, Perbicaraan
terhadap penjenayah perang diadakan di Nuremberg. Seramai 177 org Jerman
dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah perang. Sebanyak 13 perbicaraan
terhadap org Jerman diadakan antara tahun 1945-1947. Hasil perbicaraan
tersebut, seramai 25 org dijatuhkan hukuman mati, 20 org dikenakan hukman
penjara manakala 35 org dibebaskan.
Perubahan sempadan
PD2 menyebabkan berlaku perubahan
dalam sempadan negara2 Eropah. Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi
wilayah Jerman, Finland, Czechoslovakia dan Romania. Perancis bertindak
menguasai wilayah Saar dari Jerman. Manakala Poland menguasai wilayah Silesia
dari Jerman. Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah-wilayah
perindustrian di Silesia, Jerman.
Kemusnahan ekonomi
Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi
negara-negara Eropah musnah. Peperangan ini menyebabkan banyak kawasan perindustrian
di Jerman yang luas rosak dan pengeluaran hasil pertaniannya merosot. Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh
negara2 Eropah pada tahun 1946, hanya satu pertiga daripada hasil pertanian
yang dikeluarkan pada tahun 1938.
Perbicaraan Jenayah
Perang.
Selepas tamat
Perang Dunia Kedua, perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah telah diadakan
di Nuremberg. Sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945 hingga
1947 terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang. Perbicaraan ini telah dikendalikan oleh para hakim
dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. Seramai 177 orang Jerman
telah dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas tuduhan jenayah perang. 25 orang
tekah dikenakan hukuman mati, 20 orang dikenakan hukuman penjara manakala 35
orang dibebaskan.
Kesimpulan
PD2 telah menyebabkan Jerman kehilangan
kedaulatan kpd pihak yg menang. Jerman dibahagikan kpd zon-zon yg dikuasai
Britain, AS dan Soviet Union. Penguasaan kuasa-kuasa besar ini menyebabkan
wujud Jerman Barat dan Jerman Timur.
SUMBER- JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P1 940/1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan