ARKIB : 21/03/2008
NABI Muhammad diwahyukan agar
agama Islam secara terang-terangan. Pada mulanya baginda risau dengan
penerimaan orang-orang di Mekah. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad supaya
tidak gentar.
Allah memberi jaminan akan
memelihara baginda.
Nabi Muhammad pun mengumpulkan
anggota keluarganya, iaitu dari suku Bani Hasyim. Selepas selesai makan, Nabi
Muhammad pun berkata: Wahai semua yang berada di sini. Hendaklah kamu
menyembah Allah, berimanlah dengan ajaran Islam dan meninggalkan penyembahan
berhala. Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah.
Abu Talib segera bangun dan
berkata, Hentikan wahai Muhammad. Aku risaukan keselamatanmu. Kalau kau terus
bercakap, aku khuatir jika kaum keluarga ini tidak menyenanginya dan akan
mencederakanmu.
Nabi Muhammad akur. Baginda
berdiam diri. Keesokan harinya, sekali lagi majlis itu diadakan. Kali ini Nabi
Muhammad masih terus menyeru kepada anggota keluarganya.
Percayalah, aku membawa
kebaikan yang tiada sesiapapun di kalangan kamu yang pernah membawanya. Ia akan
membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Allah telah mengutuskan aku kepada kamu
untuk mengajak kamu beriman kepada-Nya. Siapakah di antara kamu yang menyahut
seruanku?
Semua yang ada di situ tidak
menyahut seruan Nabi Muhammad. Mereka mengejek dan mencemuh Baginda. Waktu itu,
bangun seorang kanak-kanak lelaki. Beliau ialah Ali bin Abi Talib.
Ya Rasulullah. Aku akan
membantumu. Aku akan melindungimu. Sesiapa saja yang menghalangmu, pasti akan
aku lawan, kata Ali.
Para hadirin ketawa
terbahak-bahak mendengar kata-kata Ali itu. Mereka mengejek dan menghina Ali
dan bapanya, Abu Talib. Akhirnya, Abu Talib meninggalkan tempat itu.
Suatu hari, Nabi Muhammad telah
berdiri di Bukit Safa dan menyuruh semua orang berkumpul di situ. Semua orang
pergi ke Bukit Safa. Malah ada yang menghantar wakil.
Apakah kamu percaya jika aku
katakan di belakang bukit ini ada sekumpulan tentera yang ganas? tanya Nabi
Muhammad.
Ya. Kami tidak pernah
mendengar kamu berbohong, jawab mereka.
Aku meminta kamu beriman
kepada Allah. Jika tidak kamu akan ditimpa azab yang berat, kata Nabi
Muhammad.
Adakah kerana ini kau
kumpulkan kami? Celakalah kau, wahai Muhammad, herdik Abu Lahab yang turut
hadir di situ.
Sejak itu, Nabi Muhammad terus
dimusuhi. Musuh ketat Baginda adalah Abu Lahab. Nabi Muhammad selalu dihina dan
dikeji. Namun Baginda tetap sabar dan tabah dalam menyebarkan dakwah.
Mulai daripada itu, Ali
menemani Nabi Muhammad pergi ke mana sahaja. Baginda pun mula menyebarkan agama
Islam secara terang-terangan. Walaupun berlainan agama, Abu Talib terus memberi
perlindungan kepada Nabi Muhammad.
* Petikan daripada buku Untaian
366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel:
edusb@streamyx. com.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz4ype99hcM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan