MyMetroMutakhir
Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh sejarawan negara, Tan
Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia hari ini.
Beliau berkata, pemergian Dr Kay
Kim adalah kehilangan besar kepada negara kerana mendiang disifatkan individu
hebat yang memperjuangkan sejarah dan kaum di negara ini.
“Takziah kepada keluarga
mendiang. Saya sedih kerana tidak sempat menziarahi dan memberi penghormatan
terakhir kepada mendiang. Saya mahu melawat tetapi tidak mempunyai masa.
“Mendiang adalah individu yang
hebat dan banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan sejarah negara.
“Mendiang juga adalah sejarawan
terbilang yang sangat adil kepada semua kaum di negara ini kerana beliau
sentiasa bersifat benar sama ada bercakap mengenai Cina, Melayu atau India dan
semua orang sentiasa menghormatinya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam
sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.
Dr Kay Kim meninggal dunia di
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sekitar 10 pagi hari ini, pada
usianya 82 tahun.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 28 Mei 2019 @ 10:10 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan