MyMetroGlobal
Reuters
LONDON: Satu patung kepala firaun
yang dikenali sebagai raja Tutankhamen dilelong dengan harga dijangka mencecah
AS$5 juta (RM20.65 juta) semalam walaupun kerajaan Mesir menuntut artifak itu
dipulangkan.
Patung yang diukir dari batu
kuarzit coklat berusia lebih 3,000 tahun itu dipamerkan dan bakal dijual di
rumah lelongan Christie di sini.
Setiausaha agung Majlis Tinggi
Barang Purba Mesir, Mostafa Waziri berkata, dia kecewa lelongan itu diteruskan
walaupun pihaknya meminta maklumat dan protes daripada kerajaan serta kedutaan
Mesir di London.
“Saya percaya ia dibawa keluar
dari Mesir secara haram. Mereka tidak mengemukakan dokumen untuk membuktikan
sebaliknya.
“Kami tidak akan berhenti, kami
akan mengekori pemiliknya dan juga pembelinya. Kami akan terus dan terus
mendesak supaya ia dipulangkan,” tegasnya.
Bagaimanapun, pegawai di Christie
memberitahu, firma itu mengambil langkah yang perlu bagi membuktikan
asal-usulnya dan jualan itu adalah sah.
Patung setinggi 28.5 sentimeter
itu berada dalam keadaan sangat baik, cuma bahagian hidung dan telinga
mengalami kerosakan.
Ia dijangka dijual lebih AS$5
juta termasuk komisyen dan dijangka dibeli oleh pengumpul.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 5 Julai 2019 @ 1:08 AM
Artifak seludup kini dipulangkan
MyMetroGlobal
AFP
LONDON: Artifak purba dari Iraq
dan Afghanistan yang dirampas di Britain akan dikembalikan ke negara asalnya
selepas penilaian dibuat oleh Muzium British, kata institusi itu hari ini.
Muzium yang terletak di London
itu mendedahkan ia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang
termasuk Angkatan Sempadan United Kingdom dan Polis Metropolitan ibu negara
untuk mengembalikan barang seludup ketika tempoh konflik baru-baru ini.
Antara artifak yang akan dihantar
kembali ke Afghanistan termasuklah patung ukiran Gandharan yang dieksport
secara haram ke Britain pada 2002.
Satu lagi tarikan utama yang akan
dikembalikan ke Iraq iaitu 154 tulisan teks Mesopotamia ditulis di atas tanah
liat dalam skrip cuneiform, dikenali sebagai salah satu sistem penulisan terawal.
Ia dirampas ketika diseludup masuk pada 2011.
Kedua-duanya dihasilkan antara
abad ke-6 dan ke-4 SM.
“Muzium British bekerjasama
secara meluas dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengenal pasti
dan memulangkan benda yang dicuri dari Iraq dan Afghanistan semasa konflik
baru-baru ini dan ini adalah contoh yang sangat baik,” kata pengarah muzium,
Hartwig Fischer mengenai tablet unik.
Ia akan diserahkan kepada Muzium
Iraq di Baghdad, yang juga sebahagian daripada Dewan Antikuiti dan Warisan
Negeri Iraq.
Tambahnya, muzium berkenaan turut
berusaha mendapatkan kebenaran daripada Muzium Negara Afghanistan untuk
mempamerkan beberapa artifak berkenaan di London sebelum ia dipulangkan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 8 Julai 2019 @ 11:30 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan