Pada 7.12 1990, Bapa Kemerdekaan Negara, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah kembali ke rahmatullah pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur pada jam 10.25 malam. Jenazah Almarhum telah di bawa ke Bangunan Parlimen daripada tempat kediamannya bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir. Satu upacara penghormatan terakhir juga telah diadakan di Stesen Tentera Udara Diraja Malaysia oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia, sejurus sebelum Jenazah Almarhum diterbangkan ke Alor Setar, Kedah untuk disemadikan di Makam Diraja Langgar, disisi makam kekandanya, Tunku Yusof, Tunku Mohammed Dewa, Tunku Kassim dan Sultan Badlishah. Tunku Abdul Rahman merupakan putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan telah diputerakan oleh bondanya, Manjalara pada 8 Februarui 1903. Penglibatan Tunku dalam politik UMNO bermula sejak tahun 1949 setelah menjadi Pengerusi UMNO Kedah. Atas desakan Tun Abdul Razak, beliau menawarkan dirinya menjadi Yang di-Pertua Agong UMNO pada 1951 bagi menggantikan Dato' Onn Jaafar yang meletakan jawatan dengan menewaskan dua pencabar lain dalam pemilihan itu. Sesungguhnya segala jasa bakti dan sumbangan Almarhum Tunku terhadap negara akan tetap terus dikenang dan dijulang selamanya.[1]
[1] http://www2.arkib.gov.my/hids/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan