OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga tahun 1857 apabila British membuang negeri pemerintah terakhir Bahadur Shah II. Tokoh terhebat kerajaan Mughal, Syah Jehan 1627-1658 telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India. Pada zaman Syah Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan yang menggambarkan kemajuan bidang seni bina pada era tersebut. Antaranya Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana Fathpur, kompleks-kompleks kerajaan, kubu di Agra dan taman-taman bunga di Delhi, Lahore dan Kashmir.[1]
Ciri-ciri seni bina di India
Seni bina India abad ke 16 hingga l7M.
Abad ke-16 menyaksikan India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal.Syah Jehan (1627-1658) telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India.[2] Monumen seni bina terkenal di India seperti Taj Mahal di Agra, Kota Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.ciri-ciri paling menonjol dalam seni bina Islam di India ialah binaannya banyak yang berkonsepkan masjid.[3]
Ciri-ciri seni bina India :
a. Bahan binaan - batu dan kayu sebagai sumber asas.
b. Senibina tempatan - dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam seni bina tempatan.
d.Motif corak hiasan
- ukiran dan karigra fi ayat-ayat arQuran di istana dan masjid. Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran berasaskan alam seperti bunga dantumbuhan.
e.Binaan kubah
- kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk bawang.
f. Unsur air dalam seni bina India pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni bina India
h. Seni bina masjid khasnya Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai mannar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i. Senibina Taj Mahal
Taj Mahal yang
- merangkumi bahagian makam,dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
j. Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam), D ew an Khu sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behrsft), Ruangan Maharani (Zenana), Masjid Moti, Hayat Bakhsh Bag,tempat bersiram diraja (Hammams), Menara Melati (Muthammam Bur), tempat tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat tinggal peribadi maharaja (Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam mengarah ke kiblat. Terdapt juga beberapa monumen lain sepertiNai-ka-Gumbad, makam dan Masjid Isa Khan, makam dankebun Bu Halima, makam dan Masjid Afsarwala danArab sarai.[4]
[1]Mahayudin Hj Yahya et, al, Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, ,(Shah Alam:Oxford Fajar.2015)151
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016) ,172.
[3] “Seni Bina”, , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[4]“Seni Bina”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,102
Tiada ulasan:
Catat Ulasan