Ahad, 10 Mac 2019

2.4 PENEROKAAN-MENILAI SUMBANGAN IBN MAJID

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
LATAR BELAKANG IBN MAJID
Nama beliau ialah Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Beliau merupakan seorang pelayar Arab yang terkermuka pada abad ke-9 H/15 M.Begitu juga bapa dan datuk beliau merupakan ahli pelayaran yang terkenal di kawasan Laut Merah dan Lautan Hindi. Bapa dan datok beliau digelar mu'allim al-Baruain (guru di dua daratan, Laut Merah dan Laut Arab). Walaupun bapa dan datuk beliau dianggap sebagai guru ilmu pelayaran, tetapi kebolehan lbn Majid melebihi kebolehan mereka. Oleh itu beliau digelar "Singa Laut" dan sangat mahir di kawasan Lautan Hindi. Tarikh lahir dan tarikh kematian Ibn Majid tidak dinyatakan dengan jelas dalam sumber-sumber Arab, tetapi dianggarkan tarikh lahir beliau sekitar tahrm 1432.[1] 

      Ibn Majid terkenal dalam kalangan bangsa Eropah kerana beliau telah memandu Vasco da Gama, iaitu ahli pelayaran Portugis dalam pelayaran dari pantai Afrika ke India. Ibn Majid telah menghasilkan lebih daripada 40 buah kitab dan kebanyakannya tentang ilmu pelayaran, dan sebanyak 40 judul kitab tersebut telah disenaraikan oleh G. R. Tibbetts dalam Arab Navigation in the Indian Ocean Before the Coming of the Portuguese. [2]

Sumbangan Ibn Majid
a. Bidang pelayaran
Digelar 'Singa Laut' disebabkan keberaniannya dalam mengharungi lautan. Mengkritik kesilapan peta yang dibuat oleh Claudius Ptolemaeus berhubung selat yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Mencipta peta dan kompas yang mempunyai 32 arah mata angin. Kompas ini jauh lebih terperinci berbanding kompas moden kini. Kemahirannya dalam pelayaran menyebabkan Vasco Da Gama telah mengajaknya menyertai dan mengendalikan penjelajahan dari Malindi, pantai timur Afrika ke Calicut di India. Kejayaan Ibn Majid membantu Vasco Da Gama menjadikan beliau terkenal di dunia Islam dan Barat.[3]

b. Geografi
Pelbagai kawasan laut telah dijelaskan secara terperinci seperti Laut Arab, Laut Hindi, Selat Melaka, Laut Jawa dan Laut China Selatan.Catatan terperinci dari aspek sosiobudaya, politik,ekonomi, agama dan alam sekitar terhadap kawasan yang dilawati.

 Melakukan kajian geografi fizikal iaitu satu bidang yang mengkaji 'geografi astronomi' tentang planet bumi, alam semesta dan hubungan antara keduannya.
Mengkaji ciri-ciri fenomena yang ada hubungan dan pengaruh kosmik seperti air pasang surut.Mencipta konsep-konsep tentang atmosfera.Mencipta teori sebab musabab pasang surut air, asal kejadian lautan dan kemasinan air laut.
c. Hasil karya
Kitab al-Fawaidfi Usul llm al-Bahrwal-Qawaid buku pedoman untuk pemandu kapal laut tentang prinsip dan peratur an pelay aran. Dianggap ensiklopedia pelayaran. Karya ini diiktiraf sebagai rujukan terpenting pada zaman renaissance dan sebelumnya, dalam bidang astronomi dan geografi nautika. Ia memberi inspirasi dan semangat bagi pelaut pada zamannya untuk melakukan penjelajahan. Hawiyat al-Ikhtisarfi Usul 'Ilm all-Bihar -mengenai ilmu laut, antaranyatanda tentang hampirnya daratan yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran, ilmu bintang,ilmu astronomi, pelabuhan dan lain-lain.  Al-(Jrjuzah al-Mu'arrabah - tentang pelayarannya di Teluk'Aden. . Qailah al-Islamfi Jami' al-Dunya - kaedah penentuan arah kiblat dari mana-mana bahagian darat dan laut. . Urjuzah Bir al-'Arab - pelayaran di sepanjang pantai Laut Arab dan Teluk Parsi. t Kanz al-Mu'alimah - mengenai khazanah ahli pelayaran dan sains laut, bintang, planet dan kutub yang belum diketahui.[4]



[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),141.
[2] Ibid.
[3] “Penerokaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 95.
[4] Ibid,96.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan