Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Sistem ekonomi feudalisme di
China
Pengenalan
Sistem ekonomi bercorak feudal
masih berpengaruh dan diamalkan dengan meluas di China pada abad ke-16. Sistem
ekonomi ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan
pemerintah di negara tersebut.[1]
Ekonomi feudalisme di China
berkait rapat dengan keadaan geografi negara China. Dua pertiga daripada negara
China merupakan kawasan pergunungan dan gurun pula di sebelah Barat dan Utara.
Oleh yang demikian, keluasan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15%
sahaja. Namun China masih mampu untuk menampung makanan penduduknya dan mampu
mengeksport makanan ke luar negara.
Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan
di China memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan
petani dan pedagang asing yang datang berdagang di China.Pentadbiran maharaja
China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi. Kerajaan dibantu oleh
golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan mengawal aktiviti
ekonomi di kawasan luar bandar. Kemakmuran ekonomi China pada zaman Ming
diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abd ke-16.[2]
a)Ekonomi pertanian
Hasil pertanian menjadi
penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan Dinasti Ming. Hanpir 85%
masyarakat China masih menetap di desa.Kawasan tumpuan utama ialah kawasan di
Timur Laut China dan Mongolia, iaitu di dataran Loes.yang subur yang dilalui
oleh Sungai Kuning.
Di sebelah Selatan Sungai Kuning terletak
kawasan tengah yang luas dan terdapat pula Sungai Yangtze, iaitu sungai
terbesar di China. Sungai-sungai ini memberi banyak sumbangan kepada masyarakat
feudal China dan mempengaruhi kehidupan masyarakat China.[3]
Menjelang abad ke-16, sisitem
ekonomi bercorak feudal diamalkan di China.Sistem ekonomi feudal yang diamalkan
berasaskan kepada perkembangan dalam kegiatan pertanian. Kegiatan bercucuk
tanam yang dijalankan oleh masyarakat Cina bercorak bercorak pertanian sara diri. Antara contoh
tanaman yang ditanam ialah padi,gandum,milet
barli dan oat.[4]
Tanaman utama yang diusahakan ialah
penanaman padi sawah. Penanaman padi sawah ini banyak diusahakan di kawasan
Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning dan Selatan China.China turut
memperkenalkan tanaman padi dua musim setahun di atas tanah yang sama. Baka
padi cepat masak ini di bawa dari Vietnam Selatan.
Tanaman lain yang ditanam ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli,
sekoimillet, oat dan lain-lain bijirin. Tanaman gandum ditanam di Dataran
Tinggi di Utara China, Wilayah Shantung , Kangsu, Shensi dan Bahagian Utara
Anhui dan Hupeh.
Pengunaan kaedah baru
Bagi meningkatkan hasil
pertanian Dinasti Ming menggunakan beberapa kaedah baru seperti menanam padi
dua kali setahun, sistem penanaman bergilir, tanaman baru iaitu jagung India,
ubi kentang manis, kekacang dan penggunaan baja.
Pengenalan peralatan baru
seperti seperti tenggala, tenggala
penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda, pembinaan terusan, koam
takungan air dan empangan.Pembinaan terusan,kolam takungan air dan empangan
menyebabkan kawasan yang jauh dari sumber air boleh ditanam dengan pelbagai
jenis tanaman. Revolusi dalam bidang
pertanian meningkatkan pengeluaran pertanian dan keluasan tanah pertanian dari
daripada 422 juta mu awal abad ke-16 kepada 701 juta mu akhir abd ke-16
Tanaman komersial seperti tembakau di Wilayah Kwangsi dan Fukien,tanaman kapas di Sungking, Tiatsang dan Tung-chou.
Manakala mulberi ditanam di wilayah Kwangtung tebu.
Menternak binatang
Kegiatan menternak binatang
menjadi sumber makanan dan kegunaan pertanian serta pengangkutan. Antara binatang
yang diternak ialah ayam, itik,kambing,lembu,khnzir dan kerbau.Kerbau diguna
untuk memajak sawah. Lembu digunakan untuk menarik kereta lembu.
b)Ekonomi industri kecil.
Industri berdasarkan kawasan
contoh Kiangsi sebagai pusat pengeluaran porselin, Soochow pengeluar pusat industri tekstil.Sungkiang menjadi pusat
pengeluaran kain kapas.
c)Perdagangan
Pada abad ke-16 pertanian
(ekonomi feudal) menjadi sumber utama China. Perdagangan terletak paling rendah
dalam bidang eknomi.Para pedagang dipandang hina walaupun membawa pulangan yang banyak kepada
negara.Aktiviti perdagangan China berjalan dengan lancar dengan adanya sistem
pengangkutan yang baik. Sungai Yangtze boleh dimudiki kapal sejauh seribu batu
dari kuala .Ini membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah.
Sungai-sungai Barat membolehkan perdagangan dijalankan di Selatan China dan
Sungai Peiho serta Sungai Kuning telah memudahkan perhubungan Timur dan Barat
dari sebelah Utara China.[5]
Zaman Ming wujud persatuan
dagang bagi sektor perdagangan. Contohnya Kesatuan Dagang Shanxi ditubuhkan
bagi institusi-institusi kewangan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat
komersial. Dari segi pentadbiran, golongan bangsawan akan membantu kerajaan
pusat mengawasi kegiatan ekonomi.
Sungai sebagai jalan
perhubungan dan pengangkutan.
d)Hubungan luar dan perdagangan.
Perdagangan China pada abad
ke-16 turut berkembang. Perkembangan ini berikutan pembaharuan dasar
pemerintahan Dinasti Ming. Maharaja telah membenarkan pelaya-pelayar China
memmulakan pelayaran.Aktiviti penjelajahan dibenarkan, contoh ke Asia Tenggara,
Selatan India, Sri Langka, Hormuz.Pelabuhan Canton dibuka kepada pedagang luar
seperti dari Asia Tenggara, Arab dan Eropah.[6]
Kepelbagaian negara para pedagang ini membolehkan China menerima banyak
aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintahan era Dinasti Ming
telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini berjaya
meningkatkan ekonomi negara China. Seterunya pedagang Portugal, Sepanyol dan
Belanda telah diterima berdagang di China. Hubungan perdagangan dengan Portugal
bermula dengan pelayaran Rafael Perestrello pada tahun 1516 dan seterusnya Tom
Pires pula dihantar oleh kerajaan Portugal bagi menjalinkan hubungan dengan
China.[7]
[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2016),215.
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia)
Penggal 1,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2012),158.
[4]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead
Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga ,218.
[5] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,161.
[6] “Sistem Ekonomi Feudalisme dan Kapitalisme”dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),103.
[7]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal Mahdi Shuid,
Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U
Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 11,162.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan