TAJUK 3: KEMAJUAN DAN
PEMBANGUNAN
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-menghuraikan
sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18-19.
1.Kapitalisme di Amerika Syarikat
Sistem ekonomi kapitalisme di
Amerika Syarikat.
Kapitalisme ialah sitem ekonomi
yang menekankan hak milik persendirian, pasaran,kebebasan ekonomi dan
perniagaan untuk keuntungan. Ekonomi kaptalisme diamalkan oleh negara-negara
Eropah pada abad ke-15 dan 16 memungkinkan kuasa-kuasa ini mengamalkan sistem
ekonomi merkantilisme.[1]
Perkembangan ekonomi
kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat Perang Amerika dengan
Britain 1812 dan Perang Saudara 1861-1865. Kestabilan politik menyebabkan
golongan kapitalis melabur modal dalam sektor perindustrian. Perkembangan ini
menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Ameika Syarikat mulai 1860-an
hingga 1914.[2]
Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem
ekonomi kapitalisme berkembang pesat di Amerika Syarikat. Perkembangan sistem
ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme
dan pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme dan pertumbuhan sektor perindustrian
di Amerika Syarikat. Antaranya;
a)Perkembangan sektor pertanian
Hasil pengeluaran pertanian
ialah kapas,gula, beras, gandum,daging, tenusu dan membakau. Amerika
membekalkan 75% kapas kepada kilang tekstil di Britain.[3]
b)Perkembangan sistem pengangkutan.
Perkembangan industri keretapi.
Pembinaan lebuhraya merentasi
Cumberland, Maryland dan Wheeling.
Terbinanya jaringan landasan
keretapi .
c)Perkembangan perniagaan besar
Muncul perniagaan berskala besar.
United States Rubber, Goodyear,Eastman Kodak.
Penyatuan syarikat-syarikat
yang mebawa tertubuhnya syarikat besar seperti Dupont dan General Electric
Mempunyai modal dan pelaburan
yang besar.
d)Perkembangan industri minyak dan keluli.
Telaga minyak pertama di gerudi
di Pennsylvania
Muncul syarikat minyak seperti Standard
Oil of New Jersey dan Standard Oil of Ohio.
Us Steel Corporation menjadi
syarikat pengeluar besi dan keluli di Amerika Syarikat.
e) Perkembangan perdagangan antarabangsa.
Barangan yang dikeluarkan
secara besar-besaran dipasarkan secara meluas.
Pelabur membuat pelaburan ke
tempat lain seperti Hawai, China dan Cuba.
f)Perkembangan pesat industri perkapalan.
Barangan dagangan dibawa masuk
ke Amerika Syarikat menggunakan kapal milik Amerika Syarikat dikenakan cukai
yang lebih rendah.[4]
[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),207.
[2] Ibid,210.
[3] “Sistem
Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajara
STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi:Kementerian Pendidikan Malaysia,2014).21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan