Jumaat, 7 Julai 2017

PEMBETULAN FAKTA NABI MUHAMMAD SAW KAHWIN BUKAN KERANA NAFSU SEKS.



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Antara tuduhan berat dituju kepada peribadi Nabi Muhammad SAW ialah menyifatkan Rasulullah  SAW sebagai seorang yang kuat nafsu. Kononnya dorongan nafsu seks  baginda dikatakan telah mendorong baginda kepada wanita dan seks.

      Mereka cuba membuktikan   dakwaan mereka ini, melalui perkahwinan Rasulullah dengan ramai perempuan.Rasulullah mengumpulkan sembilan orang perempuan  di dalam kekuasaannya dalam satu masa.Ramai musuh Islam mengambil kesempatan dari isu ini.Yang peliknya tuduhan berat ini dihalakan kepada baginda SAW menjangkau umur 50 tahun dan disibukkan pula dengan berbagai-bagai  peristiwa besar dan penting dalam negara.[1]

      Sebenarnya Rasulullah berkahwin dengan ummahat al-Mukminin disebabkan dorongan dan suasana yang memerlukan baginda berkahwin dengan mereka.Pertama memberi kemuliaan dan kedudukan kaum wanita dari kezaliman kabilah-kabilah Arab atau keluarga asal mereka. Adalah amat wajar kepada Rasulullah SAW menghulurkan tangannya yang mulia kepada mereka  di saat ini bagi menyelamat  dan memberikan kemuliaan kepada mereka, seterusnya meletakkan mereka di kalangan Umahat al-Mukminin.[2]


[1]Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah yang Perlu Diperbetulkan,( Johor Bahru:Perniagaan Jahabersa,2014),65.
[2]Ibid,65.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan