oleh- Ahmad bin Yaakob
Perubahan Ekonomi
Kegiatan Melombong Bahan Galian
a)Perusahaan bijih timah
Sebelum
campur tangan British di negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah
diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan.Mereka menggunakan
cara mendulang dan melampan.[1] Sebelum
kedatangan orang Cina, sultan dan pembesar Melayu menguasai
perlombongan bijih timah.Kebanyakan pekerja lombong bijih timah terdiri
daripada hamba berhutang dan hamba abdi.[2]
Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mulai berubah
apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di
lombong bijih timah.Permintaan bijih timah meningkat akibat Revolusi
Perindustrian di Eropah pada abad ke-19, menyebabkan orang Cina membuka
lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu.
Lombong bijih timah dibuka di Larut, Klang, Lukut dan Sungai Ujong. Pada
peringkat awal pelombong Cina dikawal oleh pembesar Melayu dengan
memastikan hasil bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka.
Penglibatan orang Cina menyebabkan perusahaan bijih timah berkembang
pesat di Tanah Melayu. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang,
Kuala Lumpur dan Lemba Kinta, Perak. Menjelan tahun 1820-an terdapat
1200 orang pelombongbangsa Cina di Lukut. Pada tahun 1848, bijih timah
dijumpai dalam longgokan yang besar di Larut oleh Long Jaafar. Dengan
sokongan pemodal dari Pulau Pinang, beliau membuka lombong pertama di
Kelian Pauh dan kemudiannya di Kelian Bharu. [3]
Terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan
pengenalan teknik melombong yang baharu.Orang Cina menggunakan kaedah
lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan
bijih daripada tanah.[4] Mereka
juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk
mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal
bekalan air.[5]
Perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat selepas kilang melebur
bijih timah dibuka di Singapura apada tahun 1887. Pembukaan kilang itu
memudahkan bijih timah diproses di dalam negeri.[6]
Setelah
orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka uasaha
mencari gali semakin diperluskan. Mereka ( orang Eropah) menggunakan
peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih
banyak bijih timah.Akibatnya merekadapat memonopoli perusahaan bijih
timah pada tahun 1930-an.Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah
menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia
pada akhir abad ke-I9.[7]
2. Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1932
Harga
bijih timah bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap.
Ini disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan dan
permintaan bahan itu.[8] Industri
mengetin mengalami kemerosotan dan Kejatuhan pasaran saham di London
dan New York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah. Harga
bijih timah di Tanah Melayu menjunam sehingga ke paras yang rendah
disebabkan kekurangan permintaan di pasaran Eropah.
British mengambil beberapa langkah untuk menghadapi kemelesetan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1929, permohonan
untuk membuka lombong-lombong baharu dibekukan. Pengeluaran bijih timah
secara sukarela juga dihadkan tetapi tidak berkesan.
'Skim
Kawalan Timah' diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran.
Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia dan Nigeria
menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘Skim Kawalan
Timah’.[9]
Perjanjian Timah Antarabangsa bagi menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga timah.[10]Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran.
Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk
menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Majlis ini menetapkan kuota
pengeluaran berdasarkan angka keluaran tahun 1929 bagi setiap negara
pengeluar. Harga timah meningkat ke $1 185 satu tan pada tahun
1935.Syarikat tempatan mengalami kerugian besar, mankala syarikat Eropah
yang mempuntai lombong di negara lain masih boleh bertahan. Kuota yang
rendah merugikan Tanah Melayu kerana dengan kos yang rendah, Tanah
Melayu masih boleh mengeluarkan lebih daripada yang dihadkan oleh kuota
itu.[11]
[1]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 .
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),105.
[3] Ibid,106
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 .
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,116.
[6] Ibid, 116.
[7]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, 43 .
[8]Zainal
Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996) ,228.
[9]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,117.
[10]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 43 .
[11] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),106.
halo saya anya bennett, seorang penulis keuangan. saya menulis di beberapa topik terkait keuangan seperti utang, pinjaman, asuransi, investasi dan sebagainya. saya menemukan blog Anda saat berselancar di internet untuk menemukan blog yang cocok untuk menulis artikel. itu sangat banyak akal dengan konten yang kaya dan bagus dan memiliki presentasi yang jelas. saya harus menghargai kerja keras Anda dan berharap Anda beruntung. saya bertanya-tanya apakah ada orang di sini yang mencari pemberi pinjaman pinjaman positif untuk melaksanakan proyek atau kebutuhan keuangan Anda? saya merekomendasikan orang tersebut untuk menghubungi mr pedro jerome (pedroloanss@gmail.com) yang telah membantu banyak pengusaha muda & tua di seluruh dunia untuk bantuan keuangan jadi saya sangat yakin bahwa mr pedro dapat membantu di tingkat 2. layanan pinjaman kepada siapa pun di sini mencari pinjaman. terima kasih sekali lagi telah mengizinkan saya untuk menulis di blog Anda. Saya yakin saya telah memberikan Anda artikel yang benar-benar unik dan relevan sehingga dapat bermanfaat bagi pembaca Anda. jika Anda tidak senang dengan catatan singkat saya, saya dengan hormat menyesalinya sebelumnya. salam hormat saya, anya bennett.
BalasPadam