Pada hari ini dalam tahun 1948,
bertempat di King's House (atau CARCOSA) Kuala Lumpur satu perjanjian yang
ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil
Kerajaan British telah disempurnakan. Perjanjian ini adalah sebagai persediaan
ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Upacara
menandatangani perjanjian ini telah dilakukan di sebuah bangunan yang
bersejarah iaitu King's House yang juga dikenali sebagai Carcosa, sepanjang
sejarahnya Carcosa telah menyaksikan berbagai peristiwa bersejarah. Bangunan
yang dibina dalam tahun 1890 dengan belanja $25,000 ini pernah menjadi tempat
tinggal Residen British Frank Swettenham, semasa Perang Dunia Ke-2 pula menjadi
mess pegawai Jepun dan Balai Pertabalan Sultan Selangor, Tengku Kelana oleh
pihak berkuasa Jepun pada 1941. Pada
hari ini dalam tahun 1948, menyaksikan satu lagi peristiwa penting iaitu
menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, di mana mulai 1 Februari
1948, kedudukan Raja-Raja Melayu telah dikembalikan dan beberapa syarat
kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu telah
dikembalikan. Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas
kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia
sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan