Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Kamus Dewan, ummah
berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat.[1]Ummah bererti masyarakat
atau umat manusia.Dalam konteks Islam umat ialah pemeluk, penganut, pengamal
dan pengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Inbu Hisham dalam As-Sirah
menyatakan bahawa umat (ummah) Islam yang pertama ialah As-Sabiqun
al-Awwalun,[2] iaitu golongan pertama yang memeluk Islam di Mekah. Dalam
konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad SAW,masyarakat yang mematuhi Piagam
Madinah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi di Madinah.[3]
Penyebaran Islam di Madinah lebih mudah
berbanding di Makkah kerana keadaan dan suasana yang berbeza antara kedua-dua
kota tersebut.Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, Islam telah
tersebar di sana menerusi usaha mereka yang menyertai Perjanjian Aqabah I dan
Aqabah II, serta 12 orang naqib yang dilantik oleh baginda.
Usaha ke arah mendaulatkan agama Islam
di Madinah bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak rintangan telah dihadapi
oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda.Umat Islam berupaya untuk
mendirikan sebuah masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal
ibadat secara terbuka.
Nabi Muhammad SAW telah menyatupadukan
umat Islam Madinah dan membentuk negara Islam.Selepas Hijrah, masyarakat Islam
terbahagi kepada dua golongan, iaitu Muhajirin dan Ansar. Kedua-dua golongan
ini telah dipersaudarakan bagi tujuan membentuk umat Islam yang kuat di kota
Madinah.[4]
Golongon Muhajirin
Golongan Muhajirin merupakan pengikut
Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.Istilah Muhajirin
berasal daripada perkataan hijrah, penghijrahan; orang yang berhijrah dipanggil
al-Muhajir (secara jamak: al-Muhajirin).
Golongan Muhajirin bukan orang pelarian;
seperti mana anggapan sesetengah orientalis, tetapi mereka berpindah/berhijrah
dari kota Makkah ke kota Madinah kerana mematuhi suruhan Allah SWT dan
Rasul-Nya derni masa depan Islam yang lebih cerah.Di Madinah, golongan
Muhajirin mendapat pertolongan dari segi fizikal dan moral daripada golongan
Ansar.
Golongan Muhajirin diberitakan dalam
al-Quran (surah al-Baqarah: 215, surah al-Imran: 191) mendapat rahmat dan
pahala yang amat besar daripada Allah SWT kerana pengorbanan mereka
berhijrah.Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan
golongan Ansar untuk menjadi umat yang mulia dan kuat.[5]Golongan Muhajirin
dianggap sebagai golongan yang terawal memeluk agama Islam dan paling banyak
berjasa dalam menegakkan ajaran tauhid.[6]
Golongan Ansar
Golongan Ansar ialah penduduk
Madinah, khususnya daripada kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk agama
Islam.Mereka membantu Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas
berhijrah ke Madinah (622M).
Golongan Ansar telah menjemput Nabi SAW dan para sahabat datang ke
Madinah.Golongan Ansar bersama Muhajirin telah menegakkan negara Islam
Madinah.Kaum Ansar banyak berkorban,
sama ada harta benda, tenaga dan jiwa
raga untuk mengembangkan agama Islam.Mereka dianggap sebagai golongan yang
terawal memeluk agama Islam dan yang paling banyak berjasa dalam menegeakkan
ajaran tauhid.[7]
[1] Mohd Sukki Othman dan Wan
Muhammad Wan Sulong, Teks Pra-U STPM Sejarah Islam,(Petaling Jaya : Sasbadi,
2014),12.
[2] Mahdi Shuid. Et.al, Teks
STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan Pelangi
Sdn.Bhd,2013),32.
[3] Mahayudin Hj.Yahya
et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),21.
[4] Ibid,21.
[5] Mahayudin Yahaya, Tamadun
Islam, (Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti,1998),53.
[6] Mahayudin Hj.Yahya
et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,22.
[7] Mahayudin Yahaya, Tamadun
Islam,53.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan