Ahad, 24 Januari 2016

PEMBUKAAN RASMI BANK NEGARA 24.1.1959

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1959,  Bank  Negara  Tanah  Melayu  telah  dibuka  dengan rasminya  oleh  D.Y.M.M  Seri  Paduka  Baginda  Yang di- Pertuan  Agong  Tuanku Abdul  Rahman  ibn  Al-marhum  Tuanku  Muhammad. Di dalam  titah perasmiannya baginda  telah menyatakan  bahawa  dengan  tertubuhnya  Bank  Negara  ini,  ia  menandakan  satu  lagi  peristiwa  penting  yang  telah  dicatat  di dalam  sejarah  Tanah  Melayu  semenjak  negara  mencapai  kemerdekaan.  Antara  fungsi  utama  Bank  Negara  ialah  seperti  merancang  aktiviti kewangan  kerajaan  selain  bertanggungjawab  menentukan  perjalanan  aktiviti  ekonomi  negara,  termasuklah  menyelenggarakan  segala  keadaan  kredit  yang boleh  mendatangkan  kebaikan  kepada  Kerajaan  Persekutuaan.  Tuan  W.H  Wilcock  telah  dipertanggungjawabkan sebagai  Gabenor  Bank  Negara  yang pertama, sebelum  dilantik  ke  jawatan  tersebut  beliau  merupakan  Penasihat  Bank  Kerajaan  dan  telah  memegang  jawatan  tersebut  dari  Januari  1959  hingga  Julai   1962.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan