DUNIA»Asia
Ahad, 5 Januari 2020 | 7:32pm
Kane Tanaka menyambut ulang tahun kelahiran ke-117.
Manusia tertua dunia sambut ulang tahun ke-117
TOKYO: Manusia tertua dunia, Kane Tanaka, menyambut ulang tahun kelahiran ke-117 di rumah kebajikan di Fukuoka, selatan Jepun.
Tanaka meraikan hari kelahirannya dengan parti hari ini, bersama-sama kakitangan dan rakan di rumah kebajikan itu, menurut rakaman televisyen penyiar TVQ Kyushu Broadcasting Co.
Tanaka, yang menyambut ulang tahun itu pada pada 2 Januari lalu, dilihat menggigit sepotong kek hari jadi beliau.
“Sedap. Saya mahu lagi,” katanya sambil tersenyum.
Tahun lalu, Tanaka disahkan sebagai manusia tertua dunia, berusia 116 tahun 66 hari pada 9 Mac, menurut Guinness World Records.
Rekod usia Tanaka adalah simbolik ramai warga tua di Jepun, selain kejatuhan kadar kelahiran yang meningkatkan kebimbangan mengenai kekurangan buruh dan prospek bagi ekonomi masa hadapan.
Jumlah bayi yang dilahirkan di Jepun menurun pada anggaran 5.9 peratus tahun lalu kepada tidak sampai 900,000 buat kali pertama sejak kerajaan mula mengumpulkan data pada 1899, menurut Kementerian Kebajikan Jepun.
Tanaka dilahirkan pramatang pada 1903 dan mengahwini Hideo Tanaka pada 1922, menurut Guinness World Records.
Pasangan itu mempunyai empat anak dan seorang anak angkat. - Reuters[1]
[1] https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/644263/manusia-tertua-dunia-sambut-ulang-tahun-ke-117?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys
Tiada ulasan:
Catat Ulasan