OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kejayaan Revolusi Rusia telah
menjadi pendorong kepada golongan nasionalis yang cenderung kepada ideologi
komunis di negara-negara Asia. Walau bagaimana pun Tanah Melayu agak terkecuali
daripada arus perkembangan ini. Tidak seorang pun wakil dari Tanah Melayu yang
menghadiri kedua-dua persidangan di Rusia ini. Tanah Melayu juga tidak termasuk
dalam rangka tindakan awal yang digariskan oleh Comintern.[1]
Orang Melayu ketika itu dilihat agak
selesa dengan kehidupan di bawah pentadbiran British. Orang Cina pula
menganggap Tanah Melayu petempatan sementara untuk mencari rezeki dan mengumpul
wangsebanyak mungkin, sebelum balik ke negara asal. Gerakan nasionalisma Cina
lebih merupakan cawangan badan induk yang berpusat di negara China. Semua
tujuan politik tidak ditujukan bagi menyingkirkan kuasa penjajah British di
Tanah Melayu, tetapi bertujuan untuk membebaskan negara china daripada
penjajahan kuasa luar.[2]
[1]
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, (Shah Alam : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. , 2003),589.
[2] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan