leh-AHMAD BIN YAAKOB
Nama sebenar Nabi Zulkifli ialah
Basyar bin Ayub. Oleh kerana keyakinan dan telah menjalankan tanggungjawab yang
disanggupinya, Allah telah mengangkatnya sebagai nabi dan dimasukkan dalam
kalangan orang-orang yang sabar.[1]Nama
Zulkifli bererti Saya sanggup berpunca daripada suatu peristiwa. Raja negeri
tempat Nabi Zulkifli tinggal telah tua dan tidak berdaya lagi untuk memerintah.
Raja tua itu ingin menyerahkan tanggungjawabnya memerintah negeri itu kepada
sesiapa sahaja yang menyanggupi syarat-syaratnya, iaitu berpuasa pada waktu
siang, beribadat pada waktu malam, memerintah dengan adil dan tidak marah-marah
ketika menjalankan pemerintahan.[2]
Raja tersebut mengadakan perhimpunan dan
titahnya disambut oleh seorang pemuda bernama Bashar.Oleh yang demikian, Basyar
yang telah digelar Zulkifli telah ditabalkan menjadi raja yang telah tua tadi.
Setelah Zulkifli ditabalkan menjadi raja, maka baginda pun menyusun
jadual-jadual pentadbirannya. Pada waktu siang, Nabi Zulkifli berpuasa dan pada
waktu malam dia menjalankan pentadbirannya di samping beribadat. Ketika
peperangan antara negerinya dengan orang-orang yang menderhaka kepada Allah,
Zulkifli meminta rakyat negerinya pergi
berperang dan mendoakan keselamatan nyawa mereka dalam peperangan tersebut.[3]
[1]Abdul
Raof Dalip, Pengajaran dari Kisah Nabi,Progressive Publishing House Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur,2011, hlm.ii.
[2]
Ibid,2.
[3] Ibid,
4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan