SUKAN»Bola
Rabu, 8 Januari 2020 | 8:38pm
BEKAS Pemain Melaka United,
Shukor Adan kini beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur. - Foto NSTP
Kuda tua 'power'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Dua pemain veteran
Kuala Lumpur, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin membuktikan status 'kuda
tua' tidak menjadi halangan untuk memastikan 'saham' mereka dalam Liga Malaysia
(Liga M) tidak jatuh.
Apa yang menarik, Shukor dan
Indra yang masing-masing bakal mencecah usia 41 tahun dan 39 tahun pada
September ini memiliki tahap kecergasan yang lebih baik berbanding pemain yang
jauh lebih muda.
Perkara itu disahkan sendiri
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa
selepas dua pemain itu merekodkan keputusan tertinggi pada ujian kecergasan
yang dilakukan di Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.
"Kita hantar lapan pemain
buat ujian kecergasan berdasarkan sains sukan dan keputusan terbaik adalah
Shukor. Umur 40, tapi dia terbaik dan bagaimana nak kata umur seperti itu tak
boleh main.
"Memang kita sentiasa
bercakap mengenai umur dia 40 tahun, tapi persembahan dia lebih baik dari
pemain lain. Indra pun sama, jadi takkan kita nak buang Indra.
"Kadang-kadang kita rasa
pemain tua lebih baik dari yang muda. Malah, pemain muda pergi (buat ujian
kecergasan) pun ada yang tak lepas," katanya.
Shukor menyertai Kuala Lumpur
musim ini dari Melaka United, manakala Indra pula sudah bersama The City Boys
sejak musim lalu.
Sementara itu, Shukor menjelaskan
antara 'petua' yang diamalkan bagi mengekalkan prestasi termasuk menjaga
pemakanan dan melakukan latihan tambahan.
"Alhamdulillah saya
sebenarnya tak pernah dapat kecederaan serius sepanjang kerjaya. Saya juga
menjaga badan terutama dari aspek pemakanan dan minum air yang mencukupi.
"Satu lagi kita tak boleh
mudah selesa dengan apa (pencapaian) yang kita dapat, kerana jika kita mudah
selesa, kita tak akan merasai nikmat sebenar dalam bola sepak," katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan