Oleh Junhairi Alyasa | | 22
Januari 2020
Penemuan artifak di Gunung Pulai
Baling menunjukkan bukti kewujudan kelompok manusia kebudayaan Hoabinhian
antara 3,000 tahun hingga 17,000 tahun. - Foto thestudyofarchaeology (Gambar
kecil: Dr Zuliskandar Ramli)
SHAH ALAM- Penemuan artifak
tinggalan prasejarah di kawasan Gunung Pulai, Baling, Kedah menunjukkan bukti
kewujudan kelompok manusia kebudayaan Hoabinhian antara 3,000 tahun hingga
17,000 tahun.
Timbalan Pengarah Institut Alam
dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya
Dr Zuliskandar Ramli berkata, penemuan tinggalan itu yang dikenali juga sebagai
lapisan kebudayaan sangat penting selepas lapisan kebudayaan terdahulu yang
dikesan di tapak sama musnah akibat aktiviti manusia.
“Pentarikhan mutlak daripada
sampel siput pada lapisan dinding kebudayaan terakhir menunjukkan masyarakat
terawal mendiami kawasan sekitar Gunung Pulai dan Bukit Baling, yang wujud
bersebelahan antara satu sama lain, kira-kira 16,000 hingga 17,000 tahun yang
lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata, dalam kajian yang
pernah dibuat pada tahun 2018, pihaknya telah menemui sisa makanan daripada
spesies siput sungai, tulang haiwan dipercayai tulang babi hutan, monyet, rusa
dan burung.
“Turut ditemui pada dinding
lapisan kebudayaan setebal lebih tiga meter itu ialah alat litik, termasuk
kapak genggam Haobinhian, alat batu pengetuk, alat batu giling dan batu landas.
“Pemeriksaan permukaan juga
menemukan tulang dipercayai tulang manusia dan kami percaya gua ini juga
digunakan sebagai salah satu tapak pengebumian masyarakat prasejarah di kawasan
Baling,” katanya.
Sebahagian penemuan tapak artifak
prasejarah telah ditemui oleh Jabatan Warisan Negara di beberapa tapak baharu
di dalam dan luar gua yang terdapat di Gunung Pulai, Baling.
Sebahagian penemuan tapak artifak
prasejarah telah ditemui oleh Jabatan Warisan Negara di beberapa tapak baharu
di dalam dan luar gua yang terdapat di Gunung Pulai, Baling.
Di Malaysia, ahli sejarawan telah
membahagikan zaman prasejarah kepada empat zaman sahaja iaitu Zaman Paleolitik,
Zaman Hoabinhian, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.
Penyelidikan dahulu mengatakan
wujud kebudayaan Hoabinhian yang bercirikan kepada alat batu Hoabinhian seperti
yang terdapat di Vietnam.
Bagaimanapun, terdapat
penyelidikan oleh Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak
mengalami Zaman Mesolitik.
Keadaan itu disebabkan alat batu
seperti alat batu Hoabinhian telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak,
kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.
Bagaimanapun, pentarikhan di Bukit Jawa menggunakan kaedah pentarikhan relatif.[1]
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/66948/BERITA/Nasional/Artifak-17000-tahun-Bukti-kewujudan-Hoabinhian?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Artifak%2017%20000%20tahun%20Bukti%20kewujudan%20Hoabinhian&utm_content=&utm_term=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan