Ahad, 21 April 2019

3.5 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Negara Bangsa
Menurut John Stuart Mill, bangsa bermaksud bahagian rumpun manusia yang terikat dengan rasa taksub bersama yang tidak wujud dalam hubungan antara rumpun tertentu dengan rumpun bangsa lain. Rasa kesatuan sedemikian lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama.[1]  Sebuah negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai  daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental.[2]

      Ringkasnya, Konsep 'negara bangsa' ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya yang mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri,sempadan wilayah, dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.

Sejarah pembentukan negara bangsa
seawal abad ke-15M khasnya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada Zaman Renaissance dan zaman Revolusi. Contohnya negarabangsa England, perancis dan Sepanyol. Idea negara bangsa semakin berkembang di Barat pada penghujung abad ke-18 dan 19M ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berpelemb agaan dan negara bangsa moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal. Kemunculan negara bangsa
melemahkan pengaruh agama dan gereja.[3]

Faktor-faktor pembentukan rregara bangsa dunia:
Kemunculan semangat nasionalisme - faktor utama
Keruntuhan sistem feudal
Kesan perang salib
Perkembangan bandar
Kemunculan golongan pertengahan ekoran kemajuan
pesat dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian.
Kemajuan ekonomi dan institusi kebangsaan seperti
pentadbiran pusat, tentera kebangsaan dan undang-undang kebangsaan.
g. Perkembangan bahasa kebangsaan

Faktor pembentukan negara bangsa di Turki :
a. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama.Bermula daripada penentangan terhadap campur tangan kuasa asing pimpinan Mustafa Kemal Attaturk, aksi erjuangan berubah menjadi penentangan terhadap khalifah. Akhirnya, sistem khilafah dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negarabangsa tersendiri, terpisah daripada wilayah-wilayah dulu yang merupakan kesatuan 'Khilafah Islamiah'. 1923 Turki dipanggil Republik Turki.[4]
b. Pembentukan kerajaan –
perubahan struktur kerajaan Uthmaniyyah ke arah pembentukan negara bangsa bermula sejak Perang Dunia Pertama. Sentimen kebangsaan nasionalisme bertambah kuat dengan lahirnya Pan Turkisme dan Pan Arabisme. Selepas menguasai Istanbul, British cuba mencari pengaruh politik dalam kerajaan Uthmaniyyah. Berlaku ketidakstabilan dalam tegara. Situasi ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kemal Auaturk untuk membentuk dan memimpin Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau menjadikan Ankara sebagai pusat aktiviti politiknya.

      Kesannya, wujud dua bentuk pemerintahan di Turki iaitu pemerintahan Khilafah di Istanbul dan pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional di Ankara. 1923, Dewan Perwakilan Nasional mengisytiharkan terbentuknya negara republik Turki dan melantik
Mustafa Kamal Attaturk sebagai presiden pertama. Mustafa Kamal Attaturk memindahkan pusat pemerintahan dari Istanbul ke Ankara. Beliau memecat Sultan Abdul Majid II (Khilafah Uthmaniyyah) dengan membubarkan sistem khilafah dan menghapuskan pengaruh Islam dari negara Turki. Berakhirnya daulah Islamiah dan digantikan dengan daulah sekular. Turki menjadi sebuah negara bangsa dan sebuah republik berpelembagaan yang demokratik dan sekular.

Sekularisme
Mustafa Kemal Attaturk melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi melahirkan generasi bangsa Turki moden dan mengikut model Barat. Perubahan melibatkan pembangunan sosial dan politik dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang baharu. Norma hidup masyarakat yang baharu dan moden yang cuba diterapkan oleh kerajaan republik Turki ialah memisahkan Islam daripada amalan dalam masyarakat Turki moden.[5]

      Kerajaan Turki menerbitkan beberapa prinsip Kamalisme yang menjadi ideologi negaraTurki moden iaitu republikanisme, sekularisme, nasionalisme, revolusionisme dan modenisme. Sekulari sme menj adi prinsip paling utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam. Bagi Mustafa Kamal Attaturk, untuk mencapai tahap bangsa bertamadun, Turki perlu mengikut acuan Barat. Sebuah jawatankuasa dibentuk di Fakulti Teologi di Universiti Istanbul untuk memodenisasikan Islam.

d. Perundangan
Mustafa Kemal Attaturk memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan badan Kehakiman Sivil Turki yang mengikut acuan Barat. Pelaksanaan undang-undang sivil ini bertentangan undang-undang syariah. Bagi membentuk generasi Turki sekular, undang-undang pendidikan negara diselaraskan. 1924, sistem pendidikan sekular telah dijadikan dasar utama di semua peringkat pengajian. 1925, semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tarekat dan amalan sufi dimansuhkan.[6]


[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah Alam:Oxford Fajar,2017),268.
[2]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015),389.
[3] “Pembentukan Negara Bangsa”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),134.
[4] Ibid,135
[5] Ibid,136.
[6] Ibid,137

Tiada ulasan:

Catat Ulasan