Selasa, 9 April 2019

Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap perluasan kuasa asing pada abad ke-19 hingga 20. [20m]

Perancis menjajah Algeria pada tahun 1830, menamatkan penguasaan empayar Turki Uthmaniyah selama 31 tahun di Algeria.Pendudukan Perancis ke atas Algeria secara tidak langsung dikaitkan dengan isu kewangan. Pada tahun 1790-an, tentera Perancis membeli gandum daripada dua orang pedagang yahudi Algeria tetapi mereka tidak membayar wang hasil pembelian tersebut,Pemerintah Algeria ketika itu, Husain Dey (1818 - 1830) berharap dapat memungut hutang tersebut. Konsol Perancis di Algeria, Pierre Deval enggan mempertimbangkan tuntutan Husain Dey itu. Keadaan ini menyebabkan Husain Dey menghina konsol Perancis itu.

      Peristiwa ini dijadikan alasan yang mencetuskan krisis dan membawa kepada penjajahan Perancis ke Algeria. Perancis kemudiannya menyuruh Husain Dey melepaskan tembakan meriam untuk memberi penghormatan kepada bendera Perancis.Apabila Husain Dey enggan berbuat demikian, pihak Perancis menyekat pelabuhan-pelabuhan di Algeria daripada menerima pedagang- pedagang Perancis.

      Ketua tentera, Clausel menjalankan usaha penjajahan yang giat. Keadaan ini membawa kepada kemasukan beramai-ramai peneroka Eropah ke Algeria. Adakalanya mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan Islam. Tindakan ini menyebabkan penduduk tempatan menentang pemerintahan Perancis pada tahun 1832.

      Clausel cuba menguasai Constantinople pada tahun 1836. Penaklukan ke atas bandar ini dicabar oleh Ahmad Bey dan Perancis kehilangan 1000 nyawa. Walaupun Ahmad Bey kemudiannya menyerah kalah, namun beliau enggan mengikiraf kekuasaan Perancis di Constantinople.

      Penentangan ke atas Perancis yang paling hebat berlaku antara tahun 1830-an dan tahun 1840-an datangnya daripada Amir Abdul Qadir. Pada tahun 1832, Amir Abdul Qadir mengetuai sepasukan tentera dan mengisytiharkan perang jihad terhadap Perancis.

      Tidak lama kemudian, satu persetujuan dicapai antara Amir Abdul Qadir dengan Jeneral Perancis, iaitu Desmichels pada tahun 1834. Melalui persetujuan ini, Amir Abdul Qadir diberi kuasa memerintah Oran.Jeneral itu turut memberi seniata dan kelengkapan ketenteraan kepada Amir Abdul Qadir untuk mengukuhkan kedudukan beliau di kawasan luar bandar.

      Bagaimanapun, Desmichels merahsiakan persetujuan yang dibuat dengan Amir Abdul Qadir daripada kerajaannya.Pada tahun 1837, Perjanjian Tafna ditandatangani antara Amir Abdul Qadir dengan pihak Perancis. perjanjian itu membahagikan beberapa kawasan kepada kedua-dua pihak, iaitu Amir dan pihak Perancis.

      Antara nasionalis awal ialah Ferhat Abbas. Melalui tulisannya, beliau telah menyuarakan harapan agar Perancis menerapkan nilai-nilai Algeria kepada pelajar Algeria di sekolah-sekolah
Perancis.

      Bukan semua rakyat Algeria yang bekerja di Perancis semasa perang pulang ke Algeria. Hal ini kerana upah di Perancis jauh lebih baik daripada di tanah air mereka sendiri. Di sinilah timbulnya kebangkitan pergerakan nasionalisme sebenar kerana golongan ini mempunyai matlamat untuk memperjuangkan masa depan Algeria tanpa Perancis.

      Golongan ini bermula sebagai pertubuhan kemasyarakatan yang dikenali sebagu Etoile Nord-Africaine (Bintang Afrika Utara) yang dipimpin oleh Ali Abdul Qadir dan kemudiannya oleh Messali al-Hajj.Perang Kemerdekaan Algeria diisytiharkan pada 1 November 1954 berlanjutan sehingga hampir tujuh setengah tahun. Algeria mencapai kemerdekaan pada tahun 1952.

      Kesimpulannya perjuangan mendapatkan kemerdekaan di Algeria adalah yang paling perit, paling lama, dan satu-satunya melibatkan sokongan dunia Arab yang paling hebat.


Sumber- Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,2014)330-331.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan