Selasa, 9 April 2019

3.3 GERAKAN NASIONALISME-FAKTOR KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME DI MESIR

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Nasionalieme
Secara umum nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi akan tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan negara dan bangsa. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan koonkongan pemerintah dan kuasa asing.

      Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi.[1]

Nasinalisme di Mesir menerima kesan daripada situasi yang berlaku pada akhir kurun ke-19, ketika pihak Britain dan Perancis mewakili kepentingan pemodal Eropah yang campur tangan secara terang-terangan dalam hal-ehwal Mesir. Campur tangan ini berlaku kesan daripada kegagalan pihak pemerintah melunaskan hutang pedagang asing  
Yang terbabit dalam projek Terusan Suez.[2]

British mula berkuasa di Mesir sejak tahun 1882 hingga 1918, iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama. Bermula pada tahun 1918, British mula mengurangkan cengkamannya ke atas pentadbiran Mesir, namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka di situ.

Faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir :
a. Pengaruh agama.
British melaksanakan usaha pembaratan masyarakat Mesir dan fenomena ini telah menyebabkan terbentuk golongan reformis Islam yang bangun menentang pihak British. Pergerakan ini dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin yang diketuai oleh Sheikh Hassan al-Banna.

     Dalam hal ini, Pergerakan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan keutuhan agarna Islam di Mesir yang berpandukan ajarun al-Quran dan al- Sunnah di samping menolak fahaman modenisme yang membentuk pemikiran sekular yang telah bergerak masuk ke dalam kehidupan masyarakat Mesir. Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh agama dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik, khurafat, dan sebagainya
dan kembali kepada ajaran Islam.[3]

Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran Barat. Antara contohnya ialah Syeikh Ali Abdul Raziq yang telah menghasilkan karya yang berjudul Islam dan Dasar-Dasar Pemerintahannya yang telah mengiktiraf tindakan Mustapha Kamal Atartuk yang memisahkan antara agama dengan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan rrcgara dan dengan adanya khalifah Islam itu hanya akan membawa kemudaratan kepada umatnya.

b. Peranan bahasa dan kesusasteraan.
Peristiwa pembunuhan Boutrus Ghali (seorang hakim) telah mencetuskan semangat nasionalisme rakyat Mesir. Kematian beliau diabadikan oleh penyajak Ahmad Shawqi dan Hafrz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-Muayyaddan al-Liwa. Sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. . Golongan modenis Islam yang dipimpin oleh Rasyid Rida sangat lantang memperjuangkan bahasa Arab Mesir dan mendesak agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan bagi menggantikan bahasa Inggeris dan bahasa perancis. Tujuan golongan ini supaya hal ini dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit demi sedikit.[4]

c. Pengaruh kewartawanan
Pengaruh kewartawanan melalui penerbitan surat khabar telah meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir. Rasyid Rida yang menulis dalam akhbar Salafiya telah banyak membuka minda ral<yat Mesir. Beliau yang merupakan orang kanan kepada Muhammad Abduh banyak menulis persoalanyang menyenfuh soal modenisasi Islam. Rasyid Rida menyemai dan menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah penyebab kepada kemunduran umat Islam. Beliau bersama penyokongnya telah mempopularkan konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan bahasa Arab Mesir Qanjah Misriyah).

      Penulis wanita turut tidak ketinggalan dalam perjuangan ini dan giat memperjuangkan hak mereka seperti Malak Hifni Nasif yang terkenal telah menggunakan nama pena Bahithat al-Badiya' Beliau sering membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka. Dalam hal ini,mesej penulisannya telah menarik minat ramai masyarakat Mesir terutama golongan intelektual

d. Peranan pendidikan
Penjajah British sangat berhati-hati dalam memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang graduan-graduan tempatan yang diberikan pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan.

Dalam hal ini, pihak British telah mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan Mesir walaupun mereka mampu melaksana dan membiayai sekolah tersebut. Kebimbangan dan tindakan penjajah British telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Mesir dalam membaiki tataf kehidupan.[5] Hampir semua jawatan kerajaan dipenuhi oleh golongan berpendidikan yang berasal daripada keluarga bangsawan. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang kebanyakannya kurang berkelayakan jika dibandingkan dengan rakyat tempatan dan hal ini diburukkan lagi di mana gaji yang diberikan kepada pegawai British ini lebih tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan.

      Menjelang tahun 1908, bidang pendidikan mula mendapat perhatian British apabila terdapat golongan intelektual Mesir yang dipimpin oleh Menteri Pendidikan bersama beberapa tokoh nasionalis terkenal cuba menubuhkan sebuah universiti swasta mereka
sendiri.

Peranan pendidikan amat penting dan telah menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme di Mesir terutamanya graduan dari sekolah undang-undang. Sekolah undang-undang ini telah menarik ramai ahli pidato dan cerdik pandai yang bercita-cita tinggi untuk menyertainya. Lepasan sekolah ini yang terdedah kepada nilai politik dan kebudayaan Barat telah disuntik dengan sikap antiBritish melalui didikan guru-guru mereka yang berbangsa Perancis dan mereka ini adalah segolongan kecil daripada guru-guru Perancis yang masih berkhidmat di Mesir dan mereka masih berdendam dengan British yang berkomplot dengan kerajaan Turki Uthmaniyah untuk merampas Mesir dari perancis.[6]

Peranan golongan intelektual
Golongan intelektual ini telah menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan Barat. Kemunculan tokoh intelektual seperti Mustafa Kamil Pasha dan Mohammed Farid yang pakar dalam undangundang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Mesir kerana sikapnya yang lantang dan bersemangat dalam menentang British. Beliau telah menyokong nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba meraih sokongan golongan intelektual daripada keturunan Qibti. Harapan dan tujuan Mustafa Kamil adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.

      Tokoh Mesir yang terkenal seperti Sheikh Hassan Al Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam untuk menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Pergerakan ini merupakan sebuah organisasi teratur dan mempunyai cawangan di seluruh Mesir dan berperanan melaksanakan program-program keagamaan yang komprehensif dalam memantapkan akidah umat Islam di Mesir bagi tujuan membina sebuah kerajaan Islam.

Pengaruh luar .
Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Mesir berikutan dari kesan gerakan nasionalisme yang melanda Eropah abad ke 18M, khasnya selepas tercetusnya Revolusi Perancis 1789-1799M dan Revolusi Amerika 1775-1783M. Di Eropah, sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat umumnya setia kepada bandar atau pemimpin tertentu, bukannya untuk negara mereka dan situasi sama juga berlaku di Mesir dan negara Arab lain dan dalam hal ini rakyat tunduk dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah Turki.[7]

      Walaubagaimanapun, selepas berlakunya penjajahan Perancis dan British terhadap Mesir, rakyat tempatan mula terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan semangat nasionalisme. Pelajar tempatan yang menuntut ilmu di Eropah turut menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme di Mesir.

Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat daripada tercetusnya perang Dunia Pertama l9I4-1918M. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikerah oleh British untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di palestin, Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir yang terkorban.

      Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing unfuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara mereka sendiri. Tentera Amerika Syarikat juga turut bertapak di bumi Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah neyara daripada cengkaman penjajah barat dan ianya juga telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionarisme unfuk menuntut kemerdekaan.[8]


[1]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 365.
[2] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah Alam:Oxford Fajar,2017),229.
[3] “Gerakan Nasionalisme” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 117.
[4] Ibid,118
[5] Iibid,119.
[6]Iibid,120
[7] Ibid,121.
[8] Ibid,122

Tiada ulasan:

Catat Ulasan