Ahad, 3 Februari 2019

SEJARAH SK PASIR PUTEH LELAKI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Ketua Jajahan Pasir Puteh iaitu Dato Bentara Luar, Tuan Haji Ghazali. Pada awalnya, sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Melayu Pasir Puteh. Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai satu kelas dengan bilangan murid seramai 20 orang dan seorang guru kelas.

Semasa era pendudukan Jepun iaitu pada awal tahun 1943, sekolah asal telah dipecahkan kepada dua buah sekolah yang berasingan, Sekolah Melayu Pasir Puteh telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki). Sebuah sekolah lagi dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan).

Pada 26 Julai 1984, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKPPL telah mencadangkan agar nama Sek. Keb. Pasir Puteh (L) ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tok Janggut. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Kelantan (sekarang Jabatan Pelajaran Kelantan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan