Sabtu, 23 Februari 2019

Nilaikan sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun tentang peradaban manusia. 20m


Pendahuluan
Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Waliud-Din Abu  Zaid Abdul Rahman Ibn Muhammad Ibn Khalid : Ibn al-Khattab. Beliau dilahirkan pada tahun 1332 Hijrah di Tunisia.

      Ibn Khaldun merupakan seorang yang tekun  dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. . Beliau juga merupakan individu yang kreatif  Pemikirannya dalam al- Muqaddimah merupakan hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri.

Isi-isi Penting .
Ibn Khaldun telah memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan melihat sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. At- Muqaddimah metvpakan sebuah karya agung dalam bidang persejarahan yang dihasilkan olehnya bagi memahami corak perubahan organisasi dalam politik dan sosioekonomi sesuatu masyarakat. Karya ini telah memberikan suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia.

  Al-Muqaddimah memapatkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah, iaitu hukum-hukum yang menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu masyarakat manusia seperti hubungan antara sebab dan akibat. Sumbangannya dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan pendekatan multidiscip linary  kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu, Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.

      Beliau juga merupakan ahli sejarah yang pertama mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya dari perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan yang relevan kepada semua tindakan sosial manusia.Ia menunjukkan kepentingan sikap yang kritis yang telah berjaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam pengkajian sejarah.

      Ideanya yang menarik dalam al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pehikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti al-Tabari dan al-Mas'udi' Teori pensejarahan Ibn Khaldun juga telah dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan karya beliau ini.

      Ibn Khaldun dikenali juga sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih awal daripada teoriteori ekonomi yang dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (l772-1823) Beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (fairness), rajin (hardworking), kerjasama (co-op eration), dan kesederhanaan (moderation).

      Berhubung dengan keadilan (fairness),Ibn Khaldun menekankan bahawa keadilan merupakan tulang : belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi : Sekiranya keadilan tidak dapat dilaksanakan, , sesebuah negara akan hancur dan musnah.

      Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia , dalam aktiviti ekonomi seumpama haiwan ekonomi, sebaliknya beliau menanggap manusia itu sebagai manusia Islam yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di ata muka bumi. Dalam hal ini , Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan   keutamaan kepada kehidupan akhirat.

      Kesimpulannya idea-idea yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun jelas menggambarkan beliau merupakan individu yang layak digelar sebagai  tokoh pemikiran moden terutamanya kemampuan menguasai ilmu sosiologi sehingga mampu menghasilkan karya atau idea pensejarahan dan ekonomi.[1]


[1]Mahyuddin Hj. Yahaya et, al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Ketiga, (Shah  Alam: Oxford Fajar Sdn. bhd .2017,),335.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan