Nama penuh Al-Mas'udi ialah Abu al-Hassan
Ali bin Husayn binAli al-Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad pada 283 H.
atau 895 M.. Beliau berketurunan Arab. Beliau pernah menjelajah ke seluruh
pelosok dunia. Penjelajahan beliau bermula dari Parsi pada tahun 914 M..
Kemudian beliau meneruskan pelayaran ke India, Sri Lanka, Indo-China hingga ke
China. Dalam perjalanan pulang,beliau pemah singgah di Madagascar,
Zanzibar,Sudan, Oman dan Basrah. Semasa beliau berada di Fustat, beliau telah
mengarang Akhbar al-Zaman yang mengandungi 30 jilid.Kandungan kitab ini adalah
tentang cerita-cerita sejarah. Berdasarkan pengalaman dan pengembaraan, beliau
telah banyak membuat penyelidikan. Hasil penyelidikannya dapat dilihat dalam
bidang geografi.
Antara sumbangan beliau yang amat
terkenal ialah karya agungnya, iaitu kitab Muruj al-Dhahab.Kitab ini boleh
dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Kitab ini turut menggabungkan
geografi fizikal dengan geografi manusia. Beliau cuba menggabungkan disiplin
geografi dengan disiplin sejarah agar kajiannya lebih menarik dan relevan.
Beliau juga memberikan gambaran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan
tajuk-tajuk geologi yang lain.
Sumbangan Al-Mas'udi yang seterusnya
ialah sokongannya untuk teori Determinisme Alam Sekitar. Beliau menyokong
tanggapan bahawa faktor persekitaran, iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet
mempunyai pengaruh yangrapat dengan sikap manusia. Menurut beliau, matahari dan
bulan dikatakan menentukan nasib atau jalan hidup orang dari utara dan
merupakan sebab mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam peperangan manakala
orang dari selatan mempunyai sifat yang lebih tafakur dan sederhana.
Beliau juga membahagikan dunia kepada dua
bahagian, iaitu bahagian Barat di kawasan
garis lintang tinggi yang
dipengaruhi oleh bulan.Penduduk di kawasan ini juga dikatakan panjang umur.
Bahagian yang satu lagi ialah bahagian Timur, iaitu di garis lintang
pertengahan.
Al-Mas'udi juga menerangkan perkaitan
antara sikap dengan penghidupan manusia. Beliau juga mengaitkan fenomena alam
semula jadi dengan kehidupan manusia. Penyelidikannya adalah tentang perwatakan
dan gaya hidup puak Arab Badwi. Beliau mengatakan ketegasan dan kecergasan
tubuh badan orang Arab Badwi adalah dikaitkan dengan kualiti alam sekitar dan
tempat tinggal mereka. Beliau juga berpendapat bahawa iklim juga memainkan
pengaruh yang penting. Misalnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak
serupa dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki.
Al-Mas'udi juga membuat kajian tentang
tanah fay. Tanah fay ialah tanah yang diperoleh oleh orang Islam tanpa
peperangan. Beliau cuba mengkaji perbezaan wilayah-wilayah ini. Beliau
juga mengkaji flora dan fauna
yang terdapat di India, iaitu kawasan di tepi Laut Combay.Dalam aspek geografi
kawasan, beliau cuba menerangkan secara terperinci tentang beberapa kawasan di
India seperti wilayah Sind dan Makran.
Aspek penting dalam sumbangan al-Mas'udi
ialah metodologi beliau dalam kajian geografi.
Pendekatan beliau berbeza
daripada pengkajipengkaji yang lain. Beliau menggabungkan disiplin
geografi dengan disiplin sejarah
atau disiplin sosiologi. Beliau juga menggunakan pengetahuan geografinya untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelaut.
Kesimpulnnya,Al-Mas'udi bukan sahaja
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang geografi tetapi juga dalam bidang
pelayaran dan sejarah. Sumbangan beliau secara tidak langsung memberikan
manfaat kepada orang Islam serta memberikan gambaran tentang kemajuan umat
Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan