OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Nasionalieme
Secara umum nasionalisme bermaksud
perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi akan tanah air dan
ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman asing.
Nasionalisme juga ada kaitan dengan negara dan bangsa. Nasionalisme pada
umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman
dan koonkongan pemerintah dan kuasa asing.
Intipati utama nasionalisme ialah
mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan
sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah
pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi.[1]
Nasinalisme di Mesir menerima
kesan daripada situasi yang berlaku pada akhir kurun ke-19, ketika pihak
Britain dan Perancis mewakili kepentingan pemodal Eropah yang campur tangan
secara terang-terangan dalam hal-ehwal Mesir. Campur tangan ini berlaku kesan
daripada kegagalan pihak pemerintah melunaskan hutang pedagang asing
Yang terbabit dalam projek
Terusan Suez.[2]
British mula berkuasa di Mesir
sejak tahun 1882 hingga 1918, iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama.
Bermula pada tahun 1918, British mula mengurangkan cengkamannya ke atas
pentadbiran Mesir, namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka di
situ.
Faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir :
a. Pengaruh agama.
British melaksanakan usaha
pembaratan masyarakat Mesir dan fenomena ini telah menyebabkan terbentuk
golongan reformis Islam yang bangun menentang pihak British. Pergerakan ini
dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin yang diketuai oleh Sheikh Hassan al-Banna.
Dalam hal ini, Pergerakan Ikhwanul
Muslimin cuba mengembalikan keutuhan agarna Islam di Mesir yang berpandukan
ajarun al-Quran dan al- Sunnah di samping menolak fahaman modenisme yang
membentuk pemikiran sekular yang telah bergerak masuk ke dalam kehidupan
masyarakat Mesir. Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh agama
dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan
jiwa daripada amalan syirik, khurafat, dan sebagainya
dan kembali kepada ajaran Islam.[3]
Ikhwanul Muslimin juga bimbang
apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya
pemikiran Barat. Antara contohnya ialah Syeikh Ali Abdul Raziq yang telah
menghasilkan karya yang berjudul Islam dan Dasar-Dasar Pemerintahannya yang
telah mengiktiraf tindakan Mustapha Kamal Atartuk yang memisahkan antara agama
dengan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya
mendirikan rrcgara dan dengan adanya khalifah Islam itu hanya akan membawa
kemudaratan kepada umatnya.
b. Peranan bahasa dan
kesusasteraan.
Peristiwa pembunuhan Boutrus
Ghali (seorang hakim) telah mencetuskan semangat nasionalisme rakyat Mesir.
Kematian beliau diabadikan oleh penyajak Ahmad Shawqi dan Hafrz Ibrahim yang
diterbitkan dalam al-Muayyaddan al-Liwa. Sajak-sajak ini menjadi pemangkin
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. . Golongan modenis
Islam yang dipimpin oleh Rasyid Rida sangat lantang memperjuangkan bahasa Arab
Mesir dan mendesak agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam
urusan kerajaan bagi menggantikan bahasa Inggeris dan bahasa perancis. Tujuan
golongan ini supaya hal ini dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit
demi sedikit.[4]
c. Pengaruh kewartawanan
Pengaruh kewartawanan melalui
penerbitan surat khabar telah meniup semangat nasionalisme dalam kalangan
penduduk Mesir. Rasyid Rida yang menulis dalam akhbar Salafiya telah banyak
membuka minda ral<yat Mesir. Beliau yang merupakan orang kanan kepada
Muhammad Abduh banyak menulis persoalanyang menyenfuh soal modenisasi Islam. Rasyid
Rida menyemai dan menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau
dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah penyebab kepada kemunduran
umat Islam. Beliau bersama penyokongnya telah mempopularkan konsep modenisasi
Islam dan cuba menegakkan warisan dan keperibadian Arab terutamanya dalam
memperkukuhkan bahasa Arab Mesir Qanjah Misriyah).
Penulis wanita turut tidak ketinggalan
dalam perjuangan ini dan giat memperjuangkan hak mereka seperti Malak Hifni
Nasif yang terkenal telah menggunakan nama pena Bahithat al-Badiya' Beliau
sering membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka. Dalam
hal ini,mesej penulisannya telah menarik minat ramai masyarakat Mesir terutama
golongan intelektual
d. Peranan pendidikan
Penjajah British sangat
berhati-hati dalam memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana
bimbang graduan-graduan tempatan yang diberikan pendidikan Inggeris mampu
mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan.
Dalam hal ini, pihak British
telah mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan Mesir walaupun mereka
mampu melaksana dan membiayai sekolah tersebut. Kebimbangan dan tindakan
penjajah British telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Mesir dalam
membaiki tataf kehidupan.[5]
Hampir semua jawatan kerajaan dipenuhi oleh golongan berpendidikan yang berasal
daripada keluarga bangsawan. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang
kebanyakannya kurang berkelayakan jika dibandingkan dengan rakyat tempatan dan
hal ini diburukkan lagi di mana gaji yang diberikan kepada pegawai British ini
lebih tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan.
Menjelang tahun 1908, bidang pendidikan
mula mendapat perhatian British apabila terdapat golongan intelektual Mesir
yang dipimpin oleh Menteri Pendidikan bersama beberapa tokoh nasionalis
terkenal cuba menubuhkan sebuah universiti swasta mereka
sendiri.
Peranan pendidikan amat penting
dan telah menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme di Mesir
terutamanya graduan dari sekolah undang-undang. Sekolah undang-undang ini telah
menarik ramai ahli pidato dan cerdik pandai yang bercita-cita tinggi untuk
menyertainya. Lepasan sekolah ini yang terdedah kepada nilai politik dan
kebudayaan Barat telah disuntik dengan sikap antiBritish melalui didikan
guru-guru mereka yang berbangsa Perancis dan mereka ini adalah segolongan kecil
daripada guru-guru Perancis yang masih berkhidmat di Mesir dan mereka masih
berdendam dengan British yang berkomplot dengan kerajaan Turki Uthmaniyah untuk
merampas Mesir dari perancis.[6]
Peranan golongan intelektual
Golongan intelektual ini telah
menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada dua
golongan, iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan Barat. Kemunculan
tokoh intelektual seperti Mustafa Kamil Pasha dan Mohammed Farid yang pakar
dalam undangundang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Mesir kerana
sikapnya yang lantang dan bersemangat dalam menentang British. Beliau telah
menyokong nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba
meraih sokongan golongan intelektual daripada keturunan Qibti. Harapan dan
tujuan Mustafa Kamil adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada British dan
menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
Tokoh Mesir yang terkenal seperti Sheikh
Hassan Al Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam untuk
menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Pergerakan ini merupakan
sebuah organisasi teratur dan mempunyai cawangan di seluruh Mesir dan
berperanan melaksanakan program-program keagamaan yang komprehensif dalam
memantapkan akidah umat Islam di Mesir bagi tujuan membina sebuah kerajaan
Islam.
Pengaruh luar .
Pengaruh luar juga penting dalam
mencetuskan gerakan nasionalisme di Mesir berikutan dari kesan gerakan
nasionalisme yang melanda Eropah abad ke 18M, khasnya selepas tercetusnya
Revolusi Perancis 1789-1799M dan Revolusi Amerika 1775-1783M. Di Eropah,
sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat umumnya setia kepada bandar atau pemimpin
tertentu, bukannya untuk negara mereka dan situasi sama juga berlaku di Mesir
dan negara Arab lain dan dalam hal ini rakyat tunduk dan patuh kepada pemerintahan
Khalifah Uthmaniyyah Turki.[7]
Walaubagaimanapun, selepas berlakunya
penjajahan Perancis dan British terhadap Mesir, rakyat tempatan mula terdedah
kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran
Barat sehingga membangkitkan semangat nasionalisme. Pelajar tempatan yang
menuntut ilmu di Eropah turut menyumbang kepada kemunculan semangat
nasionalisme di Mesir.
Kemunculan gerakan nasionalisme
di Mesir juga adalah akibat daripada tercetusnya perang Dunia Pertama
l9I4-1918M. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikerah oleh British
untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan palang
Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di palestin, Gallipoli dan
Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir yang terkorban.
Pada masa yang sama, kehadiran tentera
pihak Bersekutu yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan
amat mengharapkan kuasa asing unfuk melindungi dan mempertahankan mereka di
negara mereka sendiri. Tentera Amerika Syarikat juga turut bertapak di bumi
Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk
mempertahankan imej dan maruah neyara daripada cengkaman penjajah barat dan
ianya juga telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan
gerakan nasionarisme unfuk menuntut kemerdekaan.[8]
[1]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 365.
[2] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah
Alam:Oxford Fajar,2017),229.
[3] “Gerakan
Nasionalisme” dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013), 117.
[4] Ibid,118
[5] Iibid,119.
[6]Iibid,120
[7] Ibid,121.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan