OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Negara Bangsa
Menurut John Stuart Mill, bangsa
bermaksud bahagian rumpun manusia yang terikat dengan rasa taksub bersama yang
tidak wujud dalam hubungan antara rumpun tertentu dengan rumpun bangsa lain.
Rasa kesatuan sedemikian lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan
wilayah, budaya, sejarah dan agama.[1] Sebuah negara bangsa ialah negara berdaulat
yang didiami oleh satu bangsa.Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan
rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat
patriotik yang kental.[2]
Ringkasnya, Konsep 'negara bangsa' ialah
sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya yang mempunyai
kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan
tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri,sempadan wilayah, dan hak
untuk menggubal undang-undang sendiri.
Sejarah pembentukan negara bangsa
seawal abad ke-15M khasnya
selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada Zaman Renaissance
dan zaman Revolusi. Contohnya negarabangsa England, perancis dan Sepanyol. Idea
negara bangsa semakin berkembang di Barat pada penghujung abad ke-18 dan 19M
ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan
Revolusi Perancis 1789. Muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berpelemb
agaan dan negara bangsa moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan
bentuk negara feudal. Kemunculan negara bangsa
melemahkan pengaruh agama dan
gereja.[3]
Faktor-faktor pembentukan rregara bangsa dunia:
Kemunculan semangat nasionalisme
- faktor utama
Keruntuhan sistem feudal
Kesan perang salib
Perkembangan bandar
Kemunculan golongan pertengahan
ekoran kemajuan
pesat dalam ekonomi perdagangan
dan perindustrian.
Kemajuan ekonomi dan institusi
kebangsaan seperti
pentadbiran pusat, tentera
kebangsaan dan undang-undang kebangsaan.
g. Perkembangan bahasa kebangsaan
Faktor pembentukan negara bangsa di Turki :
a. Kekalahan dalam Perang Dunia
Pertama pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki tewas
dalam Perang Dunia Pertama.Bermula daripada penentangan terhadap campur tangan kuasa
asing pimpinan Mustafa Kemal Attaturk, aksi erjuangan berubah menjadi
penentangan terhadap khalifah. Akhirnya, sistem khilafah dihapuskan dan Turki
menjadi sebuah negarabangsa tersendiri, terpisah daripada wilayah-wilayah dulu
yang merupakan kesatuan 'Khilafah Islamiah'. 1923 Turki dipanggil Republik
Turki.[4]
b. Pembentukan kerajaan –
perubahan struktur kerajaan
Uthmaniyyah ke arah pembentukan negara bangsa bermula sejak Perang Dunia
Pertama. Sentimen kebangsaan nasionalisme bertambah kuat dengan lahirnya Pan
Turkisme dan Pan Arabisme. Selepas menguasai Istanbul, British cuba mencari
pengaruh politik dalam kerajaan Uthmaniyyah. Berlaku ketidakstabilan dalam
tegara. Situasi ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kemal Auaturk untuk membentuk dan
memimpin Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau menjadikan Ankara sebagai
pusat aktiviti politiknya.
Kesannya, wujud dua bentuk pemerintahan
di Turki iaitu pemerintahan Khilafah di Istanbul dan pemerintahan Dewan
Perwakilan Nasional di Ankara. 1923, Dewan Perwakilan Nasional mengisytiharkan terbentuknya
negara republik Turki dan melantik
Mustafa Kamal Attaturk sebagai
presiden pertama. Mustafa Kamal Attaturk memindahkan pusat pemerintahan dari
Istanbul ke Ankara. Beliau memecat Sultan Abdul Majid II (Khilafah Uthmaniyyah)
dengan membubarkan sistem khilafah dan menghapuskan pengaruh Islam dari negara
Turki. Berakhirnya daulah Islamiah dan digantikan dengan daulah sekular. Turki
menjadi sebuah negara bangsa dan sebuah republik berpelembagaan yang demokratik
dan sekular.
Sekularisme
Mustafa Kemal Attaturk
melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi melahirkan generasi bangsa Turki moden
dan mengikut model Barat. Perubahan melibatkan pembangunan sosial dan politik
dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang baharu. Norma hidup masyarakat
yang baharu dan moden yang cuba diterapkan oleh kerajaan republik Turki ialah memisahkan
Islam daripada amalan dalam masyarakat Turki moden.[5]
Kerajaan Turki menerbitkan beberapa
prinsip Kamalisme yang menjadi ideologi negaraTurki moden iaitu republikanisme,
sekularisme, nasionalisme, revolusionisme dan modenisme. Sekulari sme menj adi
prinsip paling utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan
pengaruh Islam. Bagi Mustafa Kamal Attaturk, untuk mencapai tahap bangsa
bertamadun, Turki perlu mengikut acuan Barat. Sebuah jawatankuasa dibentuk di
Fakulti Teologi di Universiti Istanbul untuk memodenisasikan Islam.
d. Perundangan
Mustafa Kemal Attaturk
memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan badan Kehakiman
Sivil Turki yang mengikut acuan Barat. Pelaksanaan undang-undang sivil ini bertentangan
undang-undang syariah. Bagi membentuk generasi Turki sekular, undang-undang
pendidikan negara diselaraskan. 1924, sistem pendidikan sekular telah dijadikan
dasar utama di semua peringkat pengajian. 1925, semua madrasah, sekolah agama rakyat,
gerakan tarekat dan amalan sufi dimansuhkan.[6]
[1]
Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga
(Shah Alam:Oxford Fajar,2017),268.
[2]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2015),389.
[3]
“Pembentukan Negara Bangsa”,dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),134.
[4]
Ibid,135
[5]
Ibid,136.
[6]
Ibid,137
Tiada ulasan:
Catat Ulasan