MyMetroMutakhir
Muhamad Shaifullah TayepJASA dan pengorbanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai individu penting membebaskan negara untuk mencapai kemerdekaan terus dikenang rakyat Malaysia.
Tidak hairanlah Perdana Menteri pertama yang digelar Bapa Kemerdekaan ini cukup disegani dan meninggalkan impak dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia kerana sikap prihatinnya.
Sempena Hari Kebangsaan, Axiata tampil dengan filem pendek Legasi Tunku meraikan kisah benar rakyat Malaysia yang tersentuh dengan sifat mulia, semangat dan peribadi Tunku Abdul Rahman sendiri.Memaparkan empat individu pernah berkait rapat dengan Tunku, masing-masing berkongsi semangat prihatin beliau yang cukup pemurah dan menjaga kebajikan rakyat dalam apa jua situasi.
Murah hati
Datuk Rasammah Buphalan
Tokoh guru dan pejuang keamanan, Datuk Rasammah Buphalan dalam filem berkenaan berkongsi reaksi spontan Tunku yang pernah mengarahkan pembantunya untuk menghulurkan payung ketika beliau berucap ketika hari hujan memberi kesan dalam dirinya.
"Ketika itu hujan lebat, angin kuat dan tak semua orang ada payung. Saya sendiri melihat Tunku tidak sampai hati melihat seorang wanita kehujanan dan seterusnya mengarahkan pembantunya untuk menghulurkan payung yang diguna beliau sendiri," katanya.
Tengku Razaleigh Hamzah
Mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata Tunku sangat murah hati kerana mengusulkan cadangan untuk membina Masjid Negara berdekatan stesen kereta api.
"Tunku banyak membudayakan aktiviti yang dianjurkan kerajaan kerana katanya ia adalah kunci untuk menyatukan rakyat. Justeru, pembinaan Masjid Negara juga diharapkan rakyat yang jauh boleh berkunjung untuk dijadikan tempat berteduh," katanya.
Salmiah Mohd Isa
Bekas tukang masak Tunku Abdul Rahman, Salmiah Mohd Isa berkata Tunku tidak melayan beliau dan kakitangan lain seperti pekerja sebaliknya keluarga.
"Dapur kami tiada televisyen jadi saya menontonnya di ruang rehat. Ada satu hari saya lupa nak padam suis televisyen dan tersedar Tunku pulang secara tiba-tiba. Keesokan harinya, Tunku belikan kami yang bertugas di dapur sebuah televisyen," katanya.
Saling bekerjasama
Tan Sri Jamaludin Ibrahim
Mengulas filem pendek Legasi Tunku, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berharap semoga belas kasihan Tunku memberi inspirasi kepada kita untuk saling bekerjasama, berkolaborasi dan menyokong untuk hari esok yang lebih baik.
"Tunku Abdul Rahman pernah berkata, kita adalah satu pasukan, bekerja bersama dengan satu matlamat untuk melalukan yang terbaik demi kebaikan dan kemajuan rakyat serta negara," katanya.
Saksikan lebih banyak kisah benar menarik yang dikongsikan rakyat Malaysia dalam filem pendek Legasi Tunku di YouTube Axiata, pastinya bakal membuatkan anda terkenang jasa dan pengorbanan Tunku Abdul Rahman ketika awal kemerdekaan Malaysia.
Kongsikan juga perasaan anda selepas menonton filem pendek Legasi Tunku di ruangan komen dan tag rakan untuk menonton bersama.
Selamat Hari Kebangsaan daripada Axiata!
SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 10:12 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan