MyMetroNuansa
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my
Penemuan 3,000 artifak daripada
13 kapal karam yang ditemui di sekitar Selat Melaka dan Laut Cina Selatan
menjadi bukti kukuh Tanah Melayu pernah menjadi sebuah pelabuhan begitu pesat
suatu masa dahulu.
Ia juga menjawab segala persoalan
yang terdapat dalam banyak catatan oriental Barat dan China yang memperkatakan
berkenaan perkembangan serta kepesatan perdagangan di Tanah Melayu bermula
sekitar abad ke-4 Masihi.
Kepesatan itu menyebabkan Tanah
Melayu menjadi rebutan kuasa besar Eropah dan serantau.
Penemuan berkenaan hasil
penyelidikan Jabatan Arkeologi, Cawangan Arkeologi Bawah Air, Jabatan Warisan
Negara (dahulu di bawah Jabatan Muzium Malaysia-JMM) yang menjalankan kajian
terbabit sejak 1990-an.
Bagaimanapun, hanya 80 koleksi
terbaik dipamerkan dalam Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terpendam di
Muzium Negara yang berlangsung dari 10 Julai hingga 30 Oktober ini.
Pameran itu juga memberi peluang
kepada orang ramai untuk melihat secara lebih dekat barangan sukar ditemui ini
dan merungkai secara lebih mendalam sejarah kelautan Malaysia yang sering
menjadi tanda tanya serta perdebatan umum.
PELBAGAI figura haiwan yang
diperbuat daripada seramik.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah
(Permuziuman) JMM Mohd Azmi Mohd Yusof, pedagang dan penjelajah dahulu
menceritakan Melaka, Kedah dan Terengganu adalah sebuah pelabuhan yang pesat.
“Tapi apakah bukti untuk
mengesahkan negeri terbabit (sebagai pelabuhan yang pesat)?
“Penemuan ini merungkai rahsia
yang terbenam sejak sekian lama dan tiada siapa membayangkannya selama ini,”
katanya kepada Nuansa.
Beliau berkata, penemuan berharga
itu membuktikan tamadun dan sejarah negara ini boleh dibanggakan di peringkat
antarabangsa.
“Masih banyak khazanah sejarah di
negara ini belum dijumpai dan mengambil masa untuk dirungkaikan.
“Setiap penemuan barangan
bersejarah ini perlu dilakukan kajian secara mendalam untuk mengetahui beberapa
aspek seperti asal usul, pentarikhan dalam dinasti mana, kualiti dan
pengkelasan bentuknya.
Katanya, berdasarkan reka bentuk
artifak itu juga boleh menentukan sama ada barangan berkenaan digunakan
golongan bangsawan atau biasa.
“Jika barangan ini berasal dari
China umpamanya, akan ada gambar naga berkuku lima yang bermaksud bangsawan
sementara bagi golongan biasa pula terdapat gambar naga berkuku empat,”
katanya.
Mohd Azmi berkata, berdasarkan
peranan semasa JMM tidak melakukan pencarian dalam air kerana bidang kuasa itu
sudah terpisah dengan Jabatan Warisan Negara.
Katanya, JMM kini menjadi tempat
mempamerkan khazanah berkenaan untuk khalayak memahami rahsia yang terpendam
itu dengan melihatnya sendiri dalam pameran.
PENGUNJUNG melihat artifak kapal
karam di Muzium Negara.
Senarai kapal karam
1.The Ranee Shipwreck (1923)
Kapal ini dibina di Lubeck,
Jerman pada 1906, iaitu sebuah kapak keluli yang mempunyai kipas berkembar
dengan berat bersih 317 tan. Kapal ini dalam pelayaran dari Singapura ke
Kuantan, Pahang dan dijadualkan singgah di Mersing.
Namun, pada 14 Mac 1923, berlaku
perlanggaran antara kapal Rainee Shipwreck dengan kapal Boribat di Perairan
Sedeli, Johor. Kapal berkenaan membawa muatan bijih timah, getah dan rotan.
Kejadian hanya berlaku dalam masa 10 minit dan mengorbankan 31 nyawa.
2. The Wanli Shipwreck (1630)
Kapal ini ditemui pada 1 November
2003 di perairan Dungun, Terengganu pada kedalaman 42 meter kerana dipercayai
meletup ketika dalam pelayaran dan tenggelam akibat diserang kapal musuh.
Penemuan serpihan porselin biru
dan putih membuktikan perdagangan antara pihak Portugis, Belanda serta Inggeris
berlaku pada kurun ke-17.
3.The Langquan Shipwreck (1400)
Ditemui pada 1996 pada kedalaman
63 meter (m) dan 23 batu nautika daripada perairan Terengganu. Kapal ini
dipercayai berasal dari China pada Zaman Dinasti Ming (1368 hingga 1644)
Bersaiz melebihi 30m panjang,
kapal ini berkemungkinan adalah yang terbesar pernah dihasilkan daripada kayu
dan karam di Laut Cina Selatan.
4.The Tanjung Simpang Mengayau Shipwreck
(960-1126)
Penyelidikan mendapati kapal ini
adalah kapal karam yang tertua di Malaysia dan dipercayai karam akibat
berlanggar dengan terumbu karang ditemui pada kedalaman 12m iaitu kira-kira
satu batu nautika daripada pantai Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.
Ia sebuah kapal yang sarat dengan
muatan barang dagangan daripada Dinasti Song (960-1279). Penemuan artifak
seperti mangkuk seladon membuktikan pedagang dari China adalah pembekal utama
tembikar dan kapal karam itu juga memberi gambaran wujudnya hubungan maritim di
Borneo terutama di Kudat, Sabah.
5.The Desaru Shipwreck (1845)
Ini kapal dagangan dari China
jenis ‘Junk’ yang keseluruhan kargonya terdiri daripada seramik China. Kapal
ini dipercayai tenggelam kerana serangan lanun pada abad ke-19.
Berukuran 30m panjang dan 7m
lebar, kapal ini dijumpai pada Mei 2001 pada kedalaman 20m, kira-kira 2 batu
nautika dari Pantai Desaru, Johor.
Penggunaan dua jenis kayu balak
iaitu ‘pain’ dan cedar yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana dan tidak
terdapat di Asia Tenggara mengukuhkan kajian Kapal The Desaru Shipwreck adalah
buatan China.
BEKAS urin.
6.The Turiang Shipwreck (1370)
Kapal karam ini antara kapal
tertua yang ditemui bersama seramik di Laut China Selatan yang membawa campuran
kargo seramik China, Vietnam dan Thailand. Ia ditemui pada Mei 1998 iaitu
kira-kira 100 batu nautika dari daratan serta terdampar di dasar laut pada
kedalaman 42 meter.
7. Diana (1817)
Kapal Diana tenggelam di Perairan
Selat Melaka selama 178 tahun dan ditemui berhampiran pelantar minyak PETRONAS
ditemui pada 21 Disember 1993 oleh Malaysia Historical Salvors (MHS).
Antara barangan dijumpai ialah
seramik seperti pinggan mangkuk, set teh, bekas penyimpan sayur, buah-buahan
dan barangan tembikar.
8.Longquan (kira-kira 1400)
Bersaiz besar iaitu melebihi 30m
panjang manakala kayu alangnya berukuran 8m. Ia dibina khusus untuk berlayar di
Laut China Selatan dan ditemui pada 1996 pada kedalaman 63m dan 23 batu nautika
dari perairan Terengganu.
Kapal ini berasal dari China pada
Zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan antara artifak ditemui ialah seladon China,
seladon Si Satchanalai dan tembikar Sukhotai dari Thailand.
9.Nassau (1606)
Kapal ini milik Dutch United East
India Company yang ditubuhkan pada 1602 dan dijumpai karam berhampiran Bambek
Shoal iaitu kira-kira 5 kilometer dari luar Port Dickson, Negeri Sembilan
disebabkan pertempuran antara Belanda dan Portugis.
10.Risdam
Kapal yang dibina pada 1713
seberat 520 tan ini diperbuat daripada kayu dengan 46m panjang, 15m lebar dan
12m tinggi.
Tenggelam pada 1 Januari 1727
selepas mengalami kebocoran dan rangka kapal ditemui pada 24 April 1984 oleh
rakyat Singapura ketika membongkar khazanah kapal berkenaan.
11.Royal Nanhai
Kapal karam ini ditemui di
perairan antarabangsa iaitu 40 batu nautika dari Semenanjung Malaysia pada 1995
dengan kedalaman laut 46m. Pada pertengahan kurun ke-15, kapal Royal Nahhai
ditugaskan membawa 21,000 seramik termasuk lima mangkuk seramik China berwarna
biru dan putih yang semuanya dijumpai berdekatan bahagian tulang belakang
kapal.
PINGGAN biru dan putih.
12.Singtai
Kapal dari China ini dibina
khusus untuk pelayaran di Laut China Selatan dan ditemui pada kedalaman 53m
iaitu kira-kira 12 batu nautika dari pantai Pulau Redang, Terengganu pada April
2001.
13.Xuande
Tapak kapal Xuande dijumpai pada
1996 iaitu kira-kira 60 batu nautika dari perairan pantai Terengganu pada
kedalaman 52m. Kapal ini dibuat daripada kayu jenis lembut.
Sebanyak 170 keping barangan
porselin China berwarna biru dan putih serta 130 biji seramik bercorak yang
diselaputi sepuh lut sinar Sukhotai dan Si Satchanalai ang dijumpai tertimbus
dan diselaputi lumpur.
SUDU biru putih.
Senarai artifak
A. KOLEKSI KAPAL KARAM - WANLI
1. Pasu biru dan putih
2. Tempayan biru dan putih
3. Pinggan leper kraak.
4. Ewer mini.
5. Bekas bertutup berbentuk
bujur.
6. Kendi kepala anjing.
7. Botol labu berganda.
B. KOLEKSI KAPAL KARAM -DIANA
1. Bakul buah.
2. Pinggan Pemanas.
3. Tureen mini biru dan putih.
4. Pinggan ‘Armorial’
5. Pinggan biru dan putih.
6. Pinggan biru dan putih bulat.
7. Figura itik.
8. Figura singa Buddha.
9. Figura burung kakak tua.
10. Figura ayam jantan.
11. Figura pasangan lelaki.
12. Figura budak lelaki.
C. KOLEKSI KAPAL KARAM -DESARU
1. Seterika tembaga.
2. Duit syiling China (lapan
keping)
3. Cop mohor berfigura singa.
4. Sudu biru putih (12 batang)
5. Xing tea pot China
6. Yi xing tea pot China
7. Kamcheng guan.
8. Paip tembaga
9. Bekas urin
10. Brown glazed storage jar (dua
unit)
D. KOLEKSI KAPAL KARAM - SIMPANG
MENGAYU
1. Ewer
2. Ewer berglis hijau zaitun
3. Bahagian atas tempayan pecah
E. KOLEKSI KAPAL KARAM - NANYANG
1. Kendi seladon sisatchanalai
2. Pasu kecil berglis perang
3. Pinggan seladon sisatchanalai
4. Cawan seladon sisatchanalai
5. Cawan seladon sisatchanalai
6. Pasu sisatchanalai
7. Pasu kecil berglis perang
8. Pasu penyimpanan
F. KOLEKSI KAPAL KARAM -LONG QUAN
1. Pinggan sukhotai bercorak.
2. Pinggan seladon China.
3. Pinggan sukhotai bercorak.
4. Pinggan bercorak.
5. Mangkuk China
6. Takar berglis perang
7. Takar berglis perang.
G. KOLEKSI KAPAL KARAM -TURIANG
1. Takar China berglis warna
2. Pasu sukhotai
3. Takar berglis hitam
4. Pinggan seladon sisatchanalai.
5. Pinggan seladon China
6. Takar berglis hitam
7. Pasu Sukhotai
H. KOLEKSI KAPAL KARAM -SINGTAI
1. Pasu kecil
2. Takar berglis berwarna coklat
3. Mangkuk berglis alas hitam
4. Mangkuk sukhotai
5. Bekas bertangkai
6. Bekas sistchanalai bertutup
pelbagai saiz dan bentuk (empat jenis)
I. KOLEKSI KAPAM KARAM - XUANDE
1. Rantai manik
2. Ewer
3. Botol sisatchanalai
4. Kendi biru dan putih
5. Gelang gangsa
J. KOLEKSI KAPAL KARAM - ROYAL
NANHAI
1. Pinggan seladon sisatchanalai
2. Bekas seladon sisatchanalai
3. Takar kecil dan bekas air
seladon
4. Takar kecil dan bekas air
seladon
5. Mangkuk seladon
6. Pasu berglis warna perang
7. Mangkuk seladon
8. Mangkuk seladon sisatchanalai
9. Tulang ikan
10. Takar kecil dan bekas air
seladon
11. Bekas dan penutup liker
K. KOLEKSI KAPAL KARAM -RISDAM
1. Tempayan
2. Jongkong timah
TULANG ikan.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Rabu, 18 Julai 2018 @ 12:52 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan