Ahad, 22 Julai 2018

Bangkai kapal Rusia bawa emas RM527b ditemui

19 JULAI 2018
Penemuan bangkai kapal Dimitrii Donskoi itu dibuat pakar dari Korea Selatan, Britain dan Kanada.
Penemuan bangkai kapal Dimitrii Donskoi itu dibuat pakar dari Korea Selatan, Britain dan Kanada.
SEOUL - KOREA SELATAN. Pasukan penyelamat Korea Selatan dilaporkan telah menemui bangkai kapal perang milik Rusia dipercayai mengandungi jongkong dan syiling emas bernilai kira-kira AS$130 bilion (RM527 bilion).

Menurut laporan The Telegraph, kapal perang itu karam akibat pertempuran 113 tahun lalu.


Firma Shinil Group turut mengesahkan penemuan kapal Dimitrii Donskoi itu berhampiran Pulau Ulleungdo.

Pasukan terdiri daripada pakar dari Korea Selatan, Britain dan Kanada menjumpai bangkai kapal tersebut menggunakan dua kapal selam pada Ahad lalu.

"Rakaman diambil video melalui kapal selam itu menunjukkan kesan kemusnahan pada kapal perang itu ketika bertempur dengan tentera laut Jepun pada Mei 1905.

Ia turut memaparkan meriam, senapang pada dek dan sauh yang diselaputi karang. Badan kapal itu rosak teruk akibat dibedil, namun dek dan bahagian tepinya masih baik," lapor The Telegraph. – CNA
SUMBER-SINAR HARIAN 19 JULAI 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan