Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pelantikan khalifah memenuhi ciri-ciri kelayakkan
tertentu
1 Khalifah merupakan ketua negara. Sebagai khalifah,
kuasa beliau tidak terhad pada aspek keagamaan sahaja, malahan juga aspek
keduniaan.
2 Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mentadbir negara
lslam, khalifah mesti menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan,
seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
3 Oleh itu, pemilihan seorang khalifah atau calon
khalifah mestilah berdasarkan kepada beberapa ciri. Antaranya ialah:
(a) beragama Islam
(b) lelaki merdeka
(c) adil
Keadilan dalam semua aspek atau perkaa seperti
percakapan, perbuatan atau tindakan dengan berpaksikan al-Quran dan sunnah. Seseorang
pemimpin yang adilialah pemimpin yang bercakap benar, bersikap amanah, sabar,
menjaga batas pergaulan, menjauhi dosa dan menjaga mauah. Keadilan akan
mmewujudkan kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara.
(d) berilmu
Ilmu membolehkan seseorang khalifah memutuskan sesuatu
hukum atau membuat keputusan tepat terhadap masalah agama dan masalah duniawi.
Khalifah bukan sahaja memerlukan ilmu agama tetapi juga memiliki ilmu keduniaan
seperti ilmu perundangan,kewangan dan sosial.Ilmu akan melicinkan urusan
pemerintahan dan pentadbiran.
(e) mempunyai pemikiran yang waras dan tajam
(f) mempunyai wawasan yang jelas terhadap masa depan
negara (siasah)
(g) tidak cacat/sihat
Seseorang khalifah hendaklah memiliki tubuh atau fizikal
yang sihat atau tidak berpenyakit.Kesihatan seseorang khalifah sangat perlu
bagi menjamin pelaksanaan pemerintahan dan pentadbiran berjalan dengan lancar
demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara.[1]
(h) warak
(i) berani
Kepentingan seorang ketua
negara dalam Islam tidak hanya dari aspek siasah, tetapi juga mengutamakan soal
akhlak. Ini kerana, beliau akan menjadi contoh kepada takyatnya.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan