Sabtu, 21 Januari 2017

1.5 Institusi Khalifah-konsep khalifah.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a)Konsep khalifah
Selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w, pemerintahan dan pentadbiran negara Islam diterajui oleh empat orang khalifah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. zaman tersebut dikenali sebagai “Zaman Khulafa al-Rasyidin'.PemerintahanKhulafa,al-Rasyidin merupakan contoh terbaik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.[1]

Khilafah  ialah institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam yang bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Orang yang mengetuai institusi ini dipanggil khalifah.Khalifah membawa maksud pengganti Nabi Muhammad SAW oleh sebab tugas menerima wahyu sudah selesai dengan kewafatan baginda,maka tugas seorang khalifah adalah:
(a)menurut al-Mawardi dalam kitab al-Ahknmal-Sultaniyyah, memelihara agama (syariah)   dan mentadbir dunia.
(b) menurut Ibn Khaldun dalam kitab Muqaddimah- menegakkan agama dan mentadbir  dunia mengikut hukum syariah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.
Hampir semua mazhab dalam lslam,kecuali serpihan mazhab Khawarij  dan Muktazilah, mewajibkan masyarakat Islam mewujudkan institusi khilafah,atau dalam istilah Syiah disebut
Imamah bagi memelihara agama Islam dan mentadbir negara dan masyarakat Islam.

Pelaksanaan sistem berkhalifah bermula pada zaman Khulafa al- Rasyidin, diikuti oleh khilafah Umayyah,Abbasiyah,Fatimiyyah dan berakhir pada pemerintahan Uthmaniyah dengan tertubuhnya Kerajaan Republik Turki pada tahun 1923.[2]

a)Sistem khilafah –institusi pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis.
b)Hukum menegakkan khilafah
Umat Islam bersepakat bahawa menegakkan atau melantik khilafah atau imamah adalah wajib.Dalil kewajipan menegakkan khalifah adalah berasaskan kepada ijmak para sahabat, para tabiin dan ulamak-ulamak Islam.
c)Jawatan penggantian khalifah.
Semasa kewafatan Abu Bakar dan perlantikan Umar, tiada seoang pun dalam kalangan mereka yang menyatakan tidak perlu kepada khalifah,imam atau pemimpin. Inilah ijmak paa sahabat yang merupakan dalil yang kuat untuk menetapkan kewajipan meneggakkan khilafah atau imamah.[3]
d)Pelaksanaan sistem khilafah dengan sepenuhnya berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
e)Institusi khilafah berakhir pada zaman Mustafa Kemal Attatuk apabila beliau mengistiharkan kerajaan Republik Turki pada tahun 1924.



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 , (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,43.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga , (Shah Alam: Oxford Fajar.2017)  ,50.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 57. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan