Isnin, 14 September 2020

Masjid satu abad dipulihara

MyMetroMutakhir



Roselan Ab Malek

am@hmetro.com.my

PENDUDUK di Kampung Baharu, dekat Jerantut, mengambil inisiatif untuk melakukan kerja pemuliharaan Masjid Lama Kampung Baharu yang dikatakan berusia lebih satu abad.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu, Mohamed Said berkata, usaha pemuliharaan itu dilakukan adalah untuk menjadikannya sebagai bangunan warisan sejarah kampung dan sebagai pusat kegiatan kampung kerana struktur bangunannya masih kukuh.

Beliau berkata, mengikut cerita orang dahulu, masjid itu dibina pada tahun 1917 dan struktur bangunan daripada kayu merbau itu masih kukuh dan tidak mengalami sebarang kerosakan meskipun sudah terbiar lama.

Penduduk mengambil keputusan bergotong royong mencuci dan membersihkan bahagian dalam serta luar masjid selain mengecat semula bangunan itu.

Masjid yang terletak di tepi Jalan Jerantut-Benta ini dikatakan dibina oleh seorang tukang kayu mahir yang berketurunan Cina dari Melaka. Ia tidak pernah dialih atau dipindahkan, tidak pernah dilanda banjir malah tapak masjid ini adalah tapak asalnya,” katanya.

Mohamad berkata, satu ketika dahulu masjid berkenaan digunakan penduduk kampung untuk melakukan ibadat solat, menuntut ilmu agama dan membaca al-Quran.

Katanya, selain untuk memaklumkan waktu solat, beduk di masjid itu akan diketuk jika ada perkara yang perlu dihebahkan kepada penduduk kampung.

Reka bentuk dan seni bina masjid ini mempunyai persamaan dengan Masjid Demak di Tanah Jawa (Indonesia), Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Kampung Kling di Melaka.

Pembinaan masjid ini menggunakan sistem tebuk dan pasak atau dikenali sebagai tanggam yang tidak memerlukan pemasangan paku selain mempunyai bumbung berbentuk piramid (bertingkat),” katanya.

Katanya masjid berkenaan akan digunakan sebagai tempat untuk melakukan program keagamaan khususnya bagi anak-anak kampung untuk mengaji selain kelas berkenaan ilmu.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 12:10 PM

Masjid 400 tahun akan dipindah ke lokasi asal

MyMetroMutakhir



Hazira Ahmad Zaidi

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Masjid tertua di Malaysia yang berusia 400 tahun iaitu Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri akan dipindahkan ke tempat asal di Kampung Laut, Tumpat bermula esok.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebelum ini, cadangan pemindahan masjid berkenaan pernah dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana ia warisan yang sangat berharga selain menjadi rujukan kepada pengkaji serta pereka seni bina.Katanya, sekiranya masjid berkenaan tidak dibawa ke tapak asal, ia tidak boleh direkodkan sebagai warisan oleh Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

"Disebabkan itulah kita berusaha untuk memindahkannya ke tempat asal di Kampung Laut, Tumpat.

"Masjid Kampung Laut dibina pada abad ke-18 dan pernah terselamat daripada banjir besar pada tahun 1926 dan 1966, sebelum ia dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 70-an bagi menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Baidzawi Che Mat.

Ahmad berkata, kos pemindahan masjid dijangka bernilai RM2 juta.

Katanya, pihak kontraktor akan meleraikan struktur asal serta komponen setiap ruang di dalam masjid dengan lebih teliti supaya tiada ketinggalan atau tersilap pasang.

"Ini kerana masjid berkenaan diperbuat daripada kayu cengal dan dibina tanpa menggunakan paku.

"Masjid ini dijangka siap dicantum sepenuhnya Januari 2022 dan ia adalah usaha untuk mengekalkan nilai sejarah, budaya dan seni bina masjid serta mencipta mercu tanda warisan di Kelantan," katanya.

Pemindahan itu akan dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri, ECERDC, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Kelantan dengan jarak sejauh 22 kilometer (km) dari Nilam Puri ke Kampung Laut.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 6:48 PM



Khamis, 10 September 2020

Mukjizat bulan terbelah

MyMetroAddin

UMAT Islam wajib mempercayai terbelahnya bulan adalah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

PERISTIWA bulan terbelah adalah satu mukjizat baginda Nabi SAW sebagai bukti kerasulan baginda kepada kaum kafir Quraisy. Peristiwa yang berlaku lima tahun sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah ini digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Qur'an: "Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan." (Surah al-Qamar ayat 1)Sebab penurunan ayat ini adalah ketika kaum kafir Makkah meminta kepada Rasulullah SAW memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT serta menguji kebenaran risalah baginda dengan meminta baginda membelah bulan.

"Orang-orang Makkah meminta Nabi SAW untuk mendatangkan sebuah mukjizat. Bulan pun terbelah dua di Makkah. Turunlah firman Allah: 'Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.' Sampai firman-Nya '(Ini adalah) sihir yang terus-menerus." Al-Qamar: 1-2] (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Maka Allah SWT mengabulkan doa baginda hingga pada malam tersebut jelas bulan terbelah menjadi dua bahagian. Satu bahagian Gunung Abu Qubais dan satu bahagian di as-Suwaida.

Dari Abdullah bin Mas'ud RA, ia berkata: "Aku melihat bulan terbelah menjadi dua bahagian sebanyak dua kali. Peristiwa ini terjadi di Makkah sebelum hijrahnya Nabi SAW. Satu potongan di atas Gunung Abu Qubais dan potongan lainnya di atas as-Suwaida. Mereka berkata: 'Bulan telah disihir'. Turunlah firman-Nya: 'Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.'" (Hadis Riwayat al-Hakim)Ketika musafir tiba, mereka turut menyaksikan hal yang serupa. Tetapi kaum kafir Makkah tetap mengingkari mukjizat tersebut dan berkata: "…(Ini adalah) sihir yang terus menerus."

Maulana Muhammad Ali mengatakan dalam tafsirnya bahawa peristiwa terbelahnya bulan yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW itu tergolong dalam hadis yang masyhur dan disahihkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Ibnu Athir sendiri mengatakan: "Peristiwa terbelahnya bulan itu diriwayatkan dalam hadis mutawatir."

Sebahagian ahli tafsir menafsirkan ayat ini menjelaskan peristiwa terbelahnya bulan bukan sahaja merujuk kepada mukjizat pada zaman Nabi Muhammad SAW, tetapi isyarat kepada hari kiamat semakin dekat. Terdapat ahli tafsir mengatakan kata insyaqqal-qamar bermaksud sesuatu yang menjadi terang. Fakta ini merujuk kepada bangsa Arab yang mengibaratkan perkara yang sudah jelas sebagai bulan iaitu seperti waktu pagi yang diibaratkan falaq, yang membawa maksud merekah atau membelah. Imam ar-Rāghib al-Isfahāniy dalam kitabnya Al-Mufradāt li alfāẓ al-Qur"ān menjelaskan kalimat insyaqqal-qamar mempunyai tiga pengertian: (1) Bulan terbelah pada zaman Nabi SAW. (2) Terbelahnya bulan petanda Hari Kiamat semakin dekat. (3) Sesuatu perkara menjadi terang


Daripada Ibn Mas'ud RA berkata: "Terbelah bulan pada zaman Nabi SAW kepada dua bahagian. Maka sabda Nabi SAW 'lihatlah kamu semua.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Ayat dan hadis tersebut menjelaskan mengenai isyarat kemunculan hari kiamat yang semakin dekat melalui pembelahan bulan pada zaman Nabi SAW. Ibn Kathir menjelaskan, Huzaifah RA telah menyampaikan khutbah di hadapan ramai orang: "Ingatlah, hari kiamat benar-benar sudah dekat. Bukankah bulan telah terbelah? Dan bukankah dunia ini akan hancur lebur? Ingatlah hari ini merupakan saat terakhir dari perbuatan buruk, sedangkan esok adalah saat pecutan dalam hal kebajikan."


Ibn Mas'ud berkata: "Lima pertanda (hari kiamat) yang telah berlalu iaitu runtuhnya kaisar Rom, tragedi penyiksaan, (terbelahnya) bulan dan (munculnya) asap." (Tafsir Ibn Kathir-4/262)


Imam an-Nawawi menjelaskan fakta yang dikemukakan oleh Imam az-Zujaj: "Sebahagian tukang bid'ah mengingkari perkara ini disebabkan hati mereka buta dalam memahami peristiwa ini. Bahkan fakta secara logik juga tidak dapat menolaknya kerana bulan juga makhluk Allah SWT dan kemampuan Allah untuk melakukan apa sahaja untuk makhluknya sama ada menghancurkan atau menghilangkannya."


Penjelasan di atas menunjukkan satu bentuk pemahaman iaitu akal tidak mampu untuk mengingkari peristiwa ini. Pembuktian melalui ilmu pengetahuan semasa turut memperkukuhkan fakta tersebut.


Fakta sains berkaitan pembelahan bulan

Sains khususnya menerusi pandangan ahli kaji bintang menegaskan terdapat pembuktian yang menunjukkan bulan pernah terbelah berdasarkan kewujudan garisan pada permukaan bulan. Walaupun terdapat beberapa fakta yang kuat dikemukakan oleh beberapa ahli aeroangkasa, namun tiada kenyataan rasmi yang dibuat oleh Nasa secara langsung berkaitan peristiwa ini.


Zaghlul Al-Najjar (2008) menjelaskan pembelahan bulan yang berlaku pada zaman Nabi SAW meninggalkan kesan yang dapat dilihat pada hari ini. Kesan tersebut merujuk kepada garisan bulan yang dicantumkan semula selepas proses mukjizat Nabi SAW itu berlaku. Namun, Nasa yang merakamkan gambar bentuk bulan sekitar 1969 terus menafikan garisan rekahan tersebut adalah satu bentuk mukjizat Nabi SAW dan bulan tidak pernah terbelah atau terpecah seperti yang diceritakan. Bailey pada 2010 menjelaskan: "Cadangan saya adalah untuk tidak mempercayai semua yang anda baca di internet. Artikel yang disemak adalah satu-satunya sumber maklumat yang sah secara saintifik di luar sana. Tiada bukti saintifik semasa melaporkan bulan dipisahkan kepada dua (atau lebih) bahagian dan kemudian dipasang semula pada bila-bila masa dahulu."

Merujuk kepada pandangan tersebut, fakta yang dikemukakan Islam bukan melalui sumber artikel yang disebarkan dalam internet seperti yang digambarkan namun keseluruhan kebenaran yang dikemukan melibatkan pembuktian dari kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW berdasarkan sumber sahih. Justeru, gambaran yang dibuat adalah satu bentuk penafian yang diketahui oleh mereka namun tidak dibuktikan kerana melibatkan hal ehwal Islam yang membolehkan sejumlah besar manusia akan mengikuti agama Islam apabila diketahui kelak.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai terbelahnya bulan adalah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW dan ia dijadikan Allah SWT adalah untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya mengenai hari kiamat yang bakal tiba kelak.Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 9:14 AM


Keranda kuno berusia 2,500 tahun ditemui

MyMetroGlobal

SEMUA keranda berkenaan ditemui dalam keadaan tertutup dan tidak pernah dibuka. FOTO Egyptian Ministry of Tourism and Antiquities

BERNAMA

Kaherah: Mesir mengumumkan penemuan lebih 13 keranda yang masih dalam keadaan baik dipercayai berusia lebih 2,500 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Keranda itu, termasuk tiga ruang tertutup, ditemui di dalam lubang sedalam 11 meter, kata kenyataan itu.Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir Khaled al-Anany dan Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA) Mostafa Waziri mengunjungi lokasi penemuan dan memeriksa tapak ekskavasi berkenaan.

"Ia adalah penemuan keranda terbanyak dalam satu tapak perkuburan sejak Asasif Cachette," kata menteri itu, sambil merujuk kepada penemuan 30 keranda pada Oktober 2019 di tapak perkuburan Asasif di wilayah Luxor.

"Penemuan di Saqqara termasuk koleksi keranda kayu berwarna dengan keadaan warna dan inskripsi padanya masih dalam keadaan baik meskipun sudah berusia lebih 2,500 tahun," kata Waziri, yang mengetuai misi arkeologi Mesir di Saqqara, lapor Xinhua.

Waziri berkata, jumlah sebenar keranda yang ditemui termasuk identiti dan pangkat atau kedudukan jasad individu yang ditanam di dalamnya masih belum diketahui.

Bagaimanapun, ia akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi memandangkan kerja ekskavasi masih dilakukan."Misi itu meneruskan kerja ekskavasi di tapak berkenaan dan kita jangka akan menemui lebih banyak penemuan di dalam lubang berkenaan termasuk keranda kayu berwarna dan patung," kata ketua SCA itu.

Berdasarkan pemeriksaan awal, semua keranda berkenaan ditemui dalam keadaan tertutup dan tidak pernah dibuka.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 7:40 AM

Selasa, 8 September 2020

13 keranda 2,500 tahun ditemukan

KERANDA yang ditemukan di tapak arkeologi di Saqqara, Mesir. - AGENSI

Oleh Adlinahani Binti Khalil

8 September 2020, 9:00 amKAHERAH: Mesir mengumumkan penemuan koleksi lebih 13 keranda dipercayai berusia 2,500 tahun.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kesemua keranda tersebut dalam keadaan baik dan ditemukan di tapak arkeo­logi di Saqqara dekat Giza.

Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Khaled al-Anany berkata, artifak berkenaan ditemukan dalam satu lubang pada kedalaman 11 meter.

Penemuan itu secara tidak langsung menjadi penemuan keranda paling banyak dalam satu tempat yang pernah direkodkan selepas Keranda Asasif.

Keadaan keranda yang ditemukan juga masih baik dengan warna dan kayunya tidak terjejas biarpun sudah berusia 2,500 tahun,” katanya ketika melawat lokasi penemuan artifak itu bersama Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA), Mos­tafa Waziri.Selain itu, Mostafa berkata, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti berapa jumlah keranda yang bakal ditemukan memandangkan kerja-kerja penggalian masih dilakukan.


Katanya, proses itu akan diteruskan dan mungkin me­nyaksikan beberapa lagi pe­nemuan baharu.


Penelitian awal mendedahkan kesemua keranda tersebut ditutup sepenuhnya dan tidak pernah dibuka sejak berada dalam lubang berkenaan.SUMBER-UM ONLINE

Ahad, 6 September 2020

TUN IBRAHIM ISMAIL MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 2010-- Iman Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad membaca doa semasa mengetuai sembahyang jenazah Allahyarham bekas Panglima Angkatan Tentera Tun Ibrahim Ismail, 88, di Masjid Negara semalam.

Turut kelihatan (dari, kanan) Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4.40 pagi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini kerana sakit tua.Allahyarham merupakan Anak Tempatan ketiga yang telah di lantik menjadi Panglima Angkatan Tentera bermula 1 Julai 1970 sehingga 30 November 1977.Jenazah di kebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Asar.


 

2010 PROTON SAGA FL


SHAH ALAM, 15 Dis 2010-- Kakitangan Proton Hafiza Ismail (kanan) dan Nurhafiza Basharuddin (kiri) bergambar bersama model baru Proton Saga FL selepas Majlis Pelancaran yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di Pusat Kecermerlangan Proton di sini, hari ini.Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan.