Sabtu, 8 Julai 2017

Nabi Muhammad utusan Allah

ARKIB : 17/08/2006

KATAKANLAH (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya) serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain).” (Fussilat: 6).

HURAIAN

Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini bertujuan menyebarkan ajaran Islam dengan menyeru mereka mengesakan Allah s.w.t., tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya. Manusia diseru supaya mematuhi segala suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.

Sebagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan sebelum ini, baginda juga adalah dalam kalangan manusia. Walaupun baginda seorang yang ummi (tidak tahu membaca) tetapi baginda dapat mempelajari dan mendalami al-Quran dengan sebaiknya dengan dibantu oleh malaikat Jibril a.s.

Baginda juga terkenal dengan akhlak terpuji dan budi pekerti yang tinggi sehingga menjadi idola dan contoh tauladan kepada manusia sejagat di sepanjang zaman.

Setelah melalui pelbagai rintangan ketika mengembangkan agama Allah s.w.t., baginda dapat melembutkan hati-hati yang keras agar memeluk Islam dengan menggesa mereka agar bertaubat terhadap kesalahan dan dosa yang lampau. Mereka juga diberi peringatan bahawa sesiapa yang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain akan mendapat balasan azab di akhirat kelak. Akhirnya, jadilah mereka orang yang sanggup berkorban dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

KESIMPULAN

Kejayaan Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Allah s.w.t. sungguh mengkagumkan. Sehingga kini kita masih mampu merasai kemanisan iman yang dibawa oleh baginda. Sebagai generasi Islam masa kini, kita hendaklah meneruskan dakwah Islamiah bagi memperjuang dan menyambung usaha baginda dalam menegak dan mengembangkan syiar Islam di serata dunia.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz4mFQvFbbN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 7 Julai 2017

PEMBETULAN FAKTA NABI MUHAMMAD SAW KAHWIN BUKAN KERANA NAFSU SEKS.



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Antara tuduhan berat dituju kepada peribadi Nabi Muhammad SAW ialah menyifatkan Rasulullah  SAW sebagai seorang yang kuat nafsu. Kononnya dorongan nafsu seks  baginda dikatakan telah mendorong baginda kepada wanita dan seks.

      Mereka cuba membuktikan   dakwaan mereka ini, melalui perkahwinan Rasulullah dengan ramai perempuan.Rasulullah mengumpulkan sembilan orang perempuan  di dalam kekuasaannya dalam satu masa.Ramai musuh Islam mengambil kesempatan dari isu ini.Yang peliknya tuduhan berat ini dihalakan kepada baginda SAW menjangkau umur 50 tahun dan disibukkan pula dengan berbagai-bagai  peristiwa besar dan penting dalam negara.[1]

      Sebenarnya Rasulullah berkahwin dengan ummahat al-Mukminin disebabkan dorongan dan suasana yang memerlukan baginda berkahwin dengan mereka.Pertama memberi kemuliaan dan kedudukan kaum wanita dari kezaliman kabilah-kabilah Arab atau keluarga asal mereka. Adalah amat wajar kepada Rasulullah SAW menghulurkan tangannya yang mulia kepada mereka  di saat ini bagi menyelamat  dan memberikan kemuliaan kepada mereka, seterusnya meletakkan mereka di kalangan Umahat al-Mukminin.[2]


[1]Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah yang Perlu Diperbetulkan,( Johor Bahru:Perniagaan Jahabersa,2014),65.
[2]Ibid,65.

SAUDARA SUSUAN RASULULLLAH SAW

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Saudara susuan Nabi SAW dari Thuwaibah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad al-Mkhzumi dan bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Muttalib.
2.Saudara susuan Nabi SAW dari Halimah Al-Sa’diah.
Abdullah anak Halimah, Syaima’ anak Halimah, sepupu Nabi Abu Sufian bin Abdul Mutalib yang paling kuat menentang Nabi dan akhirnya memeluk Islam pada tahun pembukaan Kota Mekah.
      Hamzah bapa saudara Nabi dua kali bertemu baginda di dalam susuan iaitu daripada Thuwaibah dan Halimah. Di dalam kitab Zadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim Al-Jauzi bab ibu susuan Nabi SAW menyebutkan Sayidina Hamzah bapa saudara Nabi bertemu saudara susuan dari dua cabang iaitu Thuwaibah dan Halimah As-Sa’diah.[1]


[1] Rusydi Ramli Al-Jauhari, Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam, (Batu Caves: Must Read, 2012),46.

Ahad, 2 Julai 2017

Raja mutlak di Perancis

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Raja Mutlak
Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15,meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di Eropah pada abad ke-16 dan 17.Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sitem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini,kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis pada abad ke-16 dan 17.[1]Perancis mengamalkan pemerintahan sistem beraja
mutlak di bawah pemerintahan Raja Louis XIV yang telah memerintah Perancis selama 72 tahun.[2]  

Raja mutlak di Perancis.
Raja merupakan sumber kepada segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sebuah negara.Contoh Raja Louis ke- XIV, Raja Perancis (1638-l7l5) pernah berkata 'o L'etot c'est moi" (Negara adalah beta)
ii. Raja berkuasa ke atas gereja
Raja perlu berikrar menjaga dan pertahankan agama negara iaitu Kristian mazhab Katolik Kuasa pope ke atas gereja telah berjaya dikurangkan oleh raja.Raja berkuasa melantik biskop dan ketua biara.Mereka yang dilantik oleh raja akan lebih mentaati raja, ini telah memberi kelebihan kepada raja untuk mengawal gereja dengan lebih mudah.
iii. Dibantu oleh golongan bangsawan.
Pemerintah monarki Perancis pandai mengambil hati para bangsawan dengan memberi mereka pencen yang tinggi dan ditawarkan kerja-kerja yang memberikan gaji yang lumayan.Golongan ini bertanggungiawab membekalkan angkatan tentera untuk membentengi negara tidak berjaya.

      Kesempatan ini bejaya dimanafaatkan oleh raja mereka. Raja berjaya memperolehi hak untuk memiliki tentera yang bersiap sedia (standing army).Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan tentera yang terbesar, paling lengkap dan cekap di Eropah.

iv. Kuasa untuk memungut cukai mereka sendiri tanpa sekatan. Ini memberi kelebihan kepada raja untuk membuat perancangan pentadbiran, ketenteraan dan menanggung perbelanjaan kerajaannya sendiri.

      Raja Perancis hidup mewah dengan membina istana-istana besar di pelusuk negara. Mereka hidup bergaya dan dapat membina prestij yang tersendiri.Contoh raja Louis XIV telah membina istana besar di Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka bangunan dan diperindahkan oleh pelukispelukis terkenal.

      Raja telah menggunakan bala tenteranya untuk mengawal golongan bangsawan yang ingin menentangnya.Contoh Raja Louis ke - XIII menggunakan pasukan tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang menentangnya. Mendapat sokongan golongan peniaga, kelas pertengahan dan profesional kepada raja dalam mengurangkan kuasa golongan bangsawan dan gereja. Ini kerana selama ini hanya golongan ini sahaja yang membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan gereja dikecualikan.

Berkuasa Ekonomi.
Negara Perancis berjaya mengekalkan kekukuhan ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai,ini menyebabkan rakyat Perancis merasa bangga dan tiada alasan untuk menentang pemerintahan beraja.

      Negara Perancis mempunyai pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste Colbert yang berjaya menjadikan Perancis sebagai negara industri dan kuasa militer.

Gemilang Kesusasteraan dan keseniaan.
Zaman Louis XIV juga zamar, keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh-tokoh seni
yang terkenal ialah Racine dan Moliere.[3]




[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.123.
[2] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan “dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),67 .
[3] Ibid,69

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.[2]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
       Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.

3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.

5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.

6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia  mempunyai organisasi yang menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia  mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar , demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan telinga Tzar.[3] 

8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia, Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun 1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.[4]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT WILAYAH
       Pemerintahan peringkat wilayah di Rusia  ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT KAMPUNG
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.

penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
     mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.

       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis



[1]Mahdi  Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1, 940/1, (Kuala Lumpur: Global Mediastreet, 2016),57.
[2] “Pembesar” dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2015),120.
[4] Ibid,121.

Jumaat, 30 Jun 2017

Allah perintah menghadap Kaabah



ARKIB : 09/08/2006

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
 
SYEIKH Sya'rawi di dalam tafsirnya berkata: Ayat ini untuk menyucikan dan membersihkan masalah penghadapan Muhammad s.a.w. dan umat Islam ke Kaabah, ganti dari Bait al-Maqdis.

Ini perkara yang dinasakhkan di dalam al-Quran. Allah menghendaki di sini untuk memberi inayah yang selayaknya kerana ia sudah pasti menjadi punca keraguan dan perdebatan yang hangat dari setiap yang menentang dan ingkar kepada Islam.

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangan) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah wahai Muhammad: Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka kemana sahaja kita diperintahkan Allah mengadapnya wajiblah kita mematuhi-Nya); Allah yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (al-Baqarah: 142)

Firman Allah s.w.t: Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangan) akan berkata iaitu golongan yang lemah akalnya. Asal perkataan bodoh atau safah pada bahasa Arab memberi maksud ringan dan nipis. Dikatakan baju yang yang safih apabila jahitan atau tenunannya nipis atau cepat rosak. Angin yang safah bermaksud bertiup dan condong. Yang dimaksudkan lemah disini ialah lemah daripada mendapati kebenaran sekalipun cerdik dari segi keduniaan.

Bagi menjelaskan lagi maksud bodoh dinyatakan di sini beberapa pendapat ulama. Seperti yang disebut dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, bodoh membawa maksud sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, atau tolol. Seterusnya dinaqalkan pendapat Nabi Muhammad, sahabat, ulama dan cerdik pandai:

Pertama: Sabda Rasulullah yang bermaksud: Dan orang yang lemah (bodoh) siapa yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita ke atas Allah dengan berangan-angan.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim, al-Quda’ie dan al-‘Askari.

Kedua: Abu Hazim, Salamah bin Dinar pernah ditanya oleh Khalifah Sulaiman bin ‘Abd. al-Malik beberapa persoalan, antaranya: Siapakah yang paling bodoh di kalangan manusia? Jawabnya: Lelaki yang mengikut hawa nafsu sahabatnya sedangkan sahabatnya zalim, maka beliau menjual akhiratnya dengan dunia yang lainnya.

Ketiga: Pujangga berkata, orang yang bodoh adalah orang yang memerlukan orang untuk mencelanya, orang yang fakir adalah orang yang menganggap sedikit terhadap sesuatu yang banyak, dan orang yang buta adalah orang yang tidak boleh melihat cela dirinya.

Keempat: Masruq berkata: Cukup seseorang menjadi bodoh, sombong dengan amalnya.

Kelima: Pujangga berkata: Tanda kebodohan itu adalah membuang waktu, menangguh-nangguhkan taubat, bergantung kepada orang lain, derhaka kepada ibu bapa, dan menyebarkan rahsia orang lain.

Keenam: Pujangga berkata: Terlalu banyak bergaul adalah kebodohan, percaya kepada siapa sahaja adalah kebodohan dan meminta tolong kepada mereka adalah kesialan.

Ketujuh: Ahli Hikmah berkata: Enam perkara menunjukkan kebodohan:

a. Marah tidak pada tempatnya. Seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya.

b. Bicara yang tidak berguna, kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak berkata kecuali jika penting dan berguna.

c. Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti boros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya.

d. Membuka rahsia kepada orang lain.

e. Percaya kepada semua orang.

f. Tidak membezakan antara kawan dengan lawan, kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi, dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus dijauhinya.

Ibn al-Jauzi berkata terdapat tiga pendapat berkenaan dengan golongan yang dianggap bodoh:

i. Mereka adalah golongan Yahudi. Inilah pendapat al-Bara bin `Azib, Mujahid dan Sa'id bin Jubair.

ii. Mereka adalah ahli Mekah seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn `Abbas.

iii. Mereka adalah golongan munafikin, telah menyebutnya oleh al-Suddi dari Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas.

Imam al-Nasafi berkata: Golongan Yahudi dianggap bodoh kerana mereka benci mengadap Kaabah dan tidak melihat masalah nasakh, golongan munafikin dianggap bodoh kerana loba mereka untuk menghina dan mencerca Islam atau golongan Musyrikin dianggap bodoh kerana ucapan mereka yang benci kiblat nenek moyang mereka.

Al-Sobuni menaqalkan pendapat al-Zamakhsyari berkenaan dengan faedah mengkhabarkan sebelum berlakunya: Faedah mengkhabarkan hal ucapan mereka yang belum berlaku sebagai meletakkan jiwa kerana kedatangan secara mengejut perkara yang dibenci adalah lebih teruk dan menyediakan jawapan adalah perlu untuk memutuskan hujah lawan seperti kata pepatah, sebelum memanah disediakan anak panah.

Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Sayid Qutb berkata, adalah keterangan ini merupakan permulaan bagi perisytiharan perubahan kiblat yang akan disebut di dalam ayat selepas ini, di samping ia merupakan sebagai keterangan untuk menghapuskan desas-desus dan pertanyaan-pertanyaan yang diketahui Allah akan digembar-gemburkan oleh orang-orang yang bodoh, atau sebagai jawapan terhadap desas-desus yang telah dihamburkan mereka sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis yang telah lepas.

Al-Quran menggunakan pengungkapan ‘akan berkata’ untuk menyarankan bahawa apa yang telah diketahui rancangannya dan memang telah disediakan jawapannya. Ia merupakan salah satu cara yang memberi kesan yang amat mendalam.

Imam al-Baghawi berkata, diturunkan kepada golongan Yahudi dan Musyrikin Mekah yang melemparkan tuduhan berhubung dengan pertukaran kiblat daripada Bait al-Maqdis ke Mekah mereka berkata kepada golongan musyrikin Mekah sesungguhnya Muhammad telah terkeliru berkenaan dengan agamanya, justeru ia amat suka kepada tempat kelahirannya dan kembali mengadap negeri mu dan dia akan kembali kepada agamamu, lantas Allah menurunkan ayat ini.

Katakanlah wahai Muhammad: Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka kemana sahaja kita diperintahkan Allah mengadapnya wajiblah kita mematuhi-Nya) Allah menerima penghadapan kita kepadanya sama ada timur atau barat. Lima pendapat berkenaan masa solat Nabi ke Bait al-Maqdis selepas hijrah.

i. Enam belas bulan. Inilah pendapat al-Bara Bin ‘Azib.

ii. Tujuh belas bulan. Inilah pendapat Ibn ‘Abbas

iii. Tiga belas bulan. Inilah pendapat Mu’az bin Jabal.

iv. Sembilan bulan. Inilah pendapat Anas Bin Malik.

v. Lapan belas bulan. Inilah pendapat Qatadah. Beliau juga berpendapat dengan enam belas bulan.

Allah yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. Iaitu kepada hamba-Nya yang beriman ke jalan yang benar yang membawa kebaikan kepada dua negeri. Al-Samarqandi menaqalkan riwayat daripada Abu al-Rayyahi yang berkata: Aku lihat masjid Nabi Allah Soleh sedangkan kiblatnya mengadap Kaabah, begitu juga katanya adalah Musa a.s. solat daripada batu Sakhrah mengadap ke Kaabah, sebenarnya Ka’ah merupakan kiblat para Nabi semuanya.

Antara pengajaran ayat ialah:

i. Sifat orang yang bodoh adalah sama, iaitu mengulang kebodohannya walaupun sudah diberitahu.

ii. Golongan kafir terutamanya Yahudi sentiasa mencari jalan memusuhi Islam.

iii. Hidayah yang sebenarnya datangnya daripada Allah, justeru hendaklah kita memohon kepada-Nya untuk mendapat hidayah.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz4lUevBGdL
© Utusan Melayu (M) Bhd